Tahukah anda.......??

Monday, May 25, 2009


Pilihan raya umum di Malaysia diadakan buat pertama kalinya dua tahun lebih awal sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan sehingga kini, Malaysia telah melalui 12 episod pilihan raya umum bermula pada 1955 dan yang mutakhir pada 2008, sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan terlaksananya pilihan raya umum, ini bermakna sistem demokrasi berparlimen yang cuba dipraktikkan di negara ini berkembang seperti yang diharapkan.

Pada kebiasaannya, pilihan raya diadakan antara empat hingga lima tahun sekali. Pilihan raya dilaksanakan dengan berteraskan kepada konsep perebutan kerusi parlimen di antara calon-calon yang bertanding di atas tiket parti-parti yang mereka wakili. Malaysia mengamalkan konsep pemilihan wakil rakyat yang didasari oleh kawasan pilihan raya, sama seperti yang diamalkan di Britain, bukan atas dasar proportional seperti yang berlaku di Perancis. Kemenangan seseorang calon yang bertanding juga boleh diperolehi melalui sistem majoriti mudah iaitu walau hanya satu lebihan undi sahaja sudah cukup memadai untuk membolehkan calon tersebut menang.

Di Malaysia, pilihan raya dilihat sebagai satu-satunya platform dalam menyediakan sedikit ruang politik yang agak terbuka kepada sekalian rakyat untuk membolehkan mereka menyuarakan pendapat, pendirian dan tuntutan, sekaligus ia menjadi saluran untuk rakyat membuat pilihan terhadap barisan kepimpinan yang layak untuk diberi mandat dan memperolehi kuasa legitimasi memerintah negara setelah saluran-saluran yang lain bersifat agak terhad dan terkongkong. Justeru, rakyat Malaysia perlulah mengambil bahagian dalam setiap pilihan raya dengan mendaftar sebagai pemilih supaya hak dan suara mereka terbela.

2 comments:

Anonymous said...

proportional tu binatang pe eak?

wanfeedahoney said...

Proportional merupakan satu sistem yang berlandaskan kepada kadar undi yang diperolehi oleh seseorang calon yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya. Sistem seperti ini selain diamalkan di Perancis, ia turut ditiru oleh Indonesia

Post a Comment