Tahukah anda.......???

Thursday, May 21, 2009


Belia merupakan entiti masyarakat yang paling besar dalam kebanyakan negara. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengklasifikasikan belia sebagai kelompok masyarakat yang berusia di antara 18 hingga 40 tahun. Pertubuhan Komenwel pula menyifatkan belia sebagai mereka yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 29 tahun.

Belia hidup dalam zaman remaja yang penuh warna-warni dan pancaroba. Terkenal sebagai golongan yang sukakan cabaran, belia merupakan individu yang hidup dalam alam transisi iaitu suatu alam perubahan di antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa.

Belia menjadi tunggak kepada pembangunan sesebuah negara sehingga ramai cendekiawan berkata, negara pada masa hadapan ditentukan oleh belia pada hari ini. Belia juga merupakan pewaris kepada pemerintahan negara. Justeru, belia perlulah menyediakan diri mereka dengan segala kemahiran dan pengetahuan demi memastikan mereka menjadi individu yang berkualiti pada masa depan

2 comments:

Anonymous said...

belia zaman sekarang nie ader bermacam2 karenah.....ader yang ok.....ader yang jd mat rempit......ader yang meragut ar.....
aper nak jd ngan belia2 zaman sekarang nie erk?

wanfeedahoney said...

sesungguhnya, usaha memperkasakan belia bukan hanya terletak pada pundak kerajaan semata-mata. semua pihak seharusnya mengambil bahagian dan memainkan peranan mereka dengan serius. Barulah matlamat mengangkasakan belia boleh tercapai. InsyaAllah...

Post a Comment