Pilihan Raya Kecil Manik Urai

Friday, May 29, 2009

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini memutuskan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan di kawasan Manik Urai adalah pada 6 Julai dan tarikh membuang undi ditetapkan pada 14 Julai. Kawasan terbabit dianggarkan mempunyai seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

BN menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sebulat suara bersetuju untuk meletakkan calon bagi bertanding merebut kerusi terbabit. Hal ini adalah kerana menurut beliau kerusi terbabit kosong disebabkan oleh faktor dan alasan yang diperakui oleh perlembagaan, bukannya mainan politik yang diatur pembangkang semata-mata.

Terdahulu, Ismail Yaakob (60) daripada PAS, wakil rakyat kawasan terbabit yang telah memenangi kerusi tersebut sejak pilihan raya umum 1985 telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru pada jam 5.55 pagi disebabkan oleh serangan penyakit jantung.

Untuk berita penuh, sila klik di sini.

Sebab-sebab tidak mendaftar sebagai pemilih

Menurut Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, terdapat beberapa punca mengapa 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih terutamanya sebelum berlangsungnya PRU 12 yang lalu. Antara punca major kepada fenomena seumpama ini adalah;

Pertama, Rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dan masyarakat Melayu TIDAK BERMINAT dengan urusan politik negara.

Kedua, golongan yang tidak mendaftar ini dibelenggu oleh perasaan MALAS dan menganggap bahawa sama ada mereka mengundi atau tidak, ia tidak akan memberi sebarang kesan.

Ketiga, mereka menjadikan KESIBUKAN sebagai alasan untuk tidak mendaftar dan keluar mengundi.

Keempat, terdapat segelintir daripada mereka yang memberikan alasan TIDAK TAHU - tidak tahu di mana untuk membuat pendaftaran, tidak tahu bagaimana untuk mendaftar, tidak tahu bagaimana untuk mengundi dan macam-macam tidak tahu yang lainnya.




Berpantunlah pulak...

Thursday, May 28, 2009

Masam-masam rasanya cuka,
Janganlah dibuang ke dalam paya,
Bangsa Melayu janganlah leka,
Masa depan kita dalam bahaya.

Siang hari memasak laksa,
Malam hari memasang pelita,
Kalau Melayu tak sayang bangsa,
Rosak binasa, hancurlah kita.

Mariam jelita anak Mak Dara,
Menjadi pujaan lelaki desa,
Generasi muda pewaris negara,
Pemimpin pelapis perjuangan bangsa.

Pergi pekan naik kereta,
Di tengah jalan berjumpa si nyonya,
Malaysia ini negara kita,
Wajiblah kita mempertahankannya.

Terpaut hati kepada Cik Siti,
Baik parasnya, elok bahasa,
Marilah kita bersatu hati,
Pertahankan Malaysia, perjuangkan bangsa.

Jom Kenali Diri Jap - Episod dua

Wednesday, May 27, 2009

Apa pulak ciri-ciri orang yang lahir bulan Februari? Biasanya, orang yang lahir bulan Februari ni memiliki ciri-ciri yang berikut;

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan
* Ada harapan untuk merealisasikan impiannya
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

Melayu Dalam Bahaya: Bangkitlah!


Berlalunya hari bermakna semakin lamalah PRU 12 menjadi sejarah dalam hidup kita. Segalanya kini hanya tinggal sebagai kenangan, mungkin juga pengajaran yang paling berguna untuk semua rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan Bumiputera. PRU 12 meninggalkan kita dengan suatu suasana politik yang ‘panas’ dan kacau. Sebenarnya, kekacauan ini sudah bermula sejak beberapa waktu sebelum menjelangnya pilihan raya terbabit. Ini semua disebabkan masyarakat kita mengamalkan sikap marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tanpa kita sedari, tindakan kita ini hanya mengancam kedudukan kita sebagai orang Melayu dan mengancam kesejahteraan negara. Kaum bukan Melayu terutamanya Cina sejak sebelum PRU 12 lagi telah mengemukakan pelbagai tuntutan yang jelas akan menghapuskan ketuanan Melayu.

Kaum bukan Bumiputera dengan beraninya mempersoalkan Kontrak Sosial yang selama ini menjadi iktikad rakyat Malaysia. Sebagai mana yang diketahui umum, Perkara 152 dan Perkara 153 dipersetujui semua kaum di negara ini sebagai balasan kepada orang-orang Melayu di atas kesediaan mereka untuk memberikan satu juta kerakyatan kepada komuniti Cina dan India yang masuk ke negara ini ketika zaman penjajahan British dengan hanya berdasarkan kepada konsep ‘mastautin’. Maka, kerana itulah bagi membalas jasa, kaum bukan Melayu mesti memperakui kedudukan istimewa masyarakat Melayu sebagai kaum pribumi di negara ini. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, pengekalan tanah rizab untuk orang melayu, ketuanan adat-istiadat Melayu, peluang pendidikan dan pengagihan jawatan dalam sektor awam secara automatiknya dilindungi dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana rakyat Malaysia

Masyarakat cina melalui Parti DAP adalah antara ahli komuniti yang terlalu banyak mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera ini. DAP melalui konsep “Malaysian Malaysia” memperjuangkan tuntutan sama rata bagi semua kaum di Malaysia dan menuntut kesamaan taraf bagi semua agama. Dalam erti kata lain, DAP mahu islam digugurkan sebagai agama rasmi Persekutuan. Malah, ketika kerajaan melakukan usaha untuk menyemai benih-benih perpaduan daripada peringkat akar umbi melalui institusi pendidikan, DAP dengan keras menentang perlaksanaan Sekolah Wawasan.

Tatkala Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membentangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada 16 Januari 2007, masyarakat Cina menerusi Persatuan-persatuan Alumni Sekolah Cina-Malaysia mempersoalkan secara terbuka berhubung peruntukan bagi membangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Teras ketiga dalam strategi PIPP iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan membangkitkan kemarahan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang menganggap kerajaan cuba mengenepikan SJKC. Persatuan ini menuntut agar kerajaan pimpinan Pak Lah melayan SJKC dan sekolah-sekolah yang lain secara sama rata tanpa memberikan tumpuan yang berlebihan kepada sekolah kebangsaan amnya dan orang-orang Melayu khasnya .

Selesai isu pendidikan dan sekolah kebangsaan, mereka tampil lagi dengan isu lain pula. Kedaulatan Melayu yang selama ini dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan bagaikan dihinjak-hinjak apabila DAP dan orang-orang Cina mempertikaikan keperluan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia. Mereka menggesa kerajaan agar menghapuskan dasar ini dengan alasan dasar ini bersifat berat sebelah dan lebih mengutamakan golongan Bumiputera sedangkan negara Malaysia adalah untuk semua rakyatnya.

DEB yang diperkenalkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (PRJP1) antara tahun 1971 – 1990 merupakan salah satu usaha kerajaan yang mencakupi tempoh 20 tahun untuk menangani amalan pemerintahan secara “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajah British bagi menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural dan menyekat kebangkitan semangat nasionalisme dalam diri rakyat ketika itu. Memandangkan DEB adalah satu rancangan pembangunan sosioekonomi dan perpaduan negara yang berpaksikan kepada usaha memastikan pengagihan kekayaan dan kemakmuran ekonomi di negara ini dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum tanpa mengambil kekayaan dan hak mana-mana kaum lain, ia dibangunkan dengan objektif serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum berteraskan kegiatan ekonomi masing-masing. Dasar ini dilihat sangat penting bagi membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Berdasarkan kepada bancian penduduk yang dilaksanakan pada 1970, 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia memperolehi pendapatan di bawah garis kemiskinan. Melayu merupakan kaum yang mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi iaitu sebanyak 64.8% dengan pendapatan purata keluarga sebulan adalah sebanyak RM 172.00 sahaja. Melihat kepada keadaan mendesak inilah, maka kerajaan tampil dengan mekanisme ransangan untuk membantu kaum Melayu dan Bumiputera. Kerajaan menetapkan sasaran minimum sebanyak 30% dalam ekuiti pemilikan Melayu dan Bumiputera. Namun, disebabkan sehingga berakhirnya tahun pelaksanaan DEB ekuiti Melayu dan Bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, kerajaan sepakat untuk meneruskan DEB ini walaupun ia tidak dipersetujui oleh kaum-kaum lain.

Polemik masalah penguasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera ini terus berlanjutan dan konflik mengenainya menjadi bertambah kritikal apabila timbulnya Debat Ekuiti Melayu yang dikaitkan dengan Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI). Menurut ASLI, daripada kajian yang telah dilakukan, pemilikan ekuiti kaum Bumiputera sehingga 2006 sudah mencapai 45%. Pengumuman keputusan ini memberikan dua implikasi. Pertama, terdapat pihak-pihak tertentu yang menganggap kerajaan berbohong mengenai ekuiti kaum Bumiputera selama ini. Kaum bukan melayu secara terang-terangan menyarakan keraguan mereka berhubung statistik kerajaan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang ekonomi (EPU). Kedua, sebarang dasar yang memihak kepada kaum majoriti (dalam hal ini ia dikaitkan dengan DEB) hendaklah segera dihentikan kerana kaum ini sudah pun mencapai sasaran ekuiti 30%.

Walaupun ketika laporan RMK-7 dibentangkan jelas menunjukkan terdapatnya pertambahan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dengan kaum Cina iaitu daripada 1:1.74 pada 1990 kepada 1.1.81 pada 1995, Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yaik, Presiden Parti Gerakan pada ketika itu tetap menyindir kerajaan secara terbuka dengan menyatakan keraguannya terhadap angka rasmi dan mutakhir 18.9% penguasaan ekuiti ekonomi kaum Bumiputera yang dikeluarkan oleh EPU. Beliau menambah dengan berkata bahawa angka itu tidak logik kerana tidak mungkin sedari DEB dilaksanakan sehingga kini, ia langsung tidak menunjukkan pertambahan. DAP melakukan penentangan secara langsung sementara MCA dan Gerakan melakukan penentangan yang masih dalam ruang lingkup BN. Kesemua parti masyarakat Cina ini menuntut pelaksanaan sistem merit di negara ini yang memperuntukkan layanan sama rata dan setiap kaum itu haruslah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan kek ekonomi mereka, bukannya dengan bersandarkan kepada “tongkat” kerajaan.

YB Lim Kit Siang, peguam handal dari DAP meracuni pemikiran masyarakat Cina dengan pelbagai kecaman yang dilontarkan beliau kepada MCA yang disifatkan bagai lembu dicucuk hidung kerana akur dengan UMNO, parti dominan dalam BN. Tidak keterlaluan andai dikatakan pada PRU 12 yang lalu, DAP mengeksploitasi sepenuhnya sentiment perkauman hingga pada satu tahap, parti ini melontarkan tomahan bahawa kemungkinan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan diberikan kepada UMNO, bukan lagi Gerakan berikutan daripada pengunduran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Tomahan ini tercetus ekoran daripada keengganan Pak Lah untuk menamakan calon daripada Gerakan yang telah dipilih untuk menyandang jawatan terbabit sebelum menjelangnya PRU 12.

Kesemua yang diperincikan di atas hanyalah sedikit imbasan terhadap segala tuntutan kaum Cina dan tindakan parti pembangkang yang mewakili mereka. Malangnya, masyarakat Melayu terus terlena dibuai mimpi, seakan langsung tidak merasa terancam dengan senario seumpama ini. Melayu mungkin terlupa di mana mereka saat negara ini ditadbir penjajah. Melayu juga mungkin terlupa di mana mereka saat negara ini baru mengecapi nikmat merdeka. Hari ini, setelah Melayu melalui mobilisasi social yang hebat, setelah segala kesenangan dan keselesaan hidup terhampar di depan mata, Melayu lupa lagi! Melayu terlupa kepada semangat perlembagaan yang begitu menjulang sentimen ketuanan Melayu. Melayu terlupa negara ini hak mereka, bumi ini perlu mereka jaga. Melayu terlupa dan terlepas pandang kepada pelbagai ancaman yang sedang dijalankan oleh pembangkang.

Melayu menganggap ‘Malaysian Malaysia’ tidak lebih daripada sekadar slogan, pemansuhan DEB tidak memberi kesan luar biasa kepada taraf sosioekonomi anak bangsa mereka, permohonan jawatan perdana menteri kepada kaum bukan Melayu dianggap tidak menggugat penguasaan politik Melayu, larangan berkumandangnya azan tidak menafikan hak keagamaan mereka dan penganugerahan tanah dengan jaminan sehingga 1000 tahun juga tidak mengancam kepentingan Melayu. Melayu tidak sedar mereka di dalam bahaya. Janganlah sampai hingga kita terpaksa mengemis di negara sendiri, barulah kita hendak menyesali segala yang telah terjadi. Kata pepatah; muafakat membawa berkat, bangkitlah Melayu, marilah bersatu di bawah satu payung. Kita pertahankan ketuanan Melayu, kita bela nasib bangsa, agama dan ibu pertiwi ini!

Kata Tun...

Tuesday, May 26, 2009


Tanpa mendaftar sebagai pemilih bererti tanpa sebarang tindakan... hanya pandai berkata, merungut dan marah tapi tidak pula mampu berbuat apa-apa... Melayu, Melayu... apalah nak jadi...

Siapa dia?


Kalau U all pandai, agak-agaknyalah, siapakah kanak-kanak dalam gambar di atas ini?

Hujah balas kepada pendakwaan yang lemah…


Dalam post yang terdahulu, ada I bercerita tentang jejaka budiman. So, sesiapa yang masih belum mengetahui kisah jejaka budiman ini, silalah rujuk post yang bertajuk ‘teman ymku yang budiman’.

Setelah I menganalisis kandungan chat kami (ayat macam bagus je), I dapat merumuskan bahawa jejaka budiman ni telah mengemukakan sepuluh pertuduhan kepada kerajaan sedia ada. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah:

Pertama;Disebabkan telah terlalu lama BN memimpin kita, maka wajarlah kita menukar parti pemimpin kita kepada pembangkang.

Kedua;BN tidak memperjuangkan nasib Melayu.

Ketiga;BN melakukan politik wang apabila menjelang pilihan raya.

Keempat;BN korupsi

Kelima; BN tidak melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara islam.

Kenam;Pak Lah mencipta agama yang baru, Islam Hadhari.

Ketujuh;BN malu sendiri kerana pembangkang sudah berjaya menakluki lima negeri.

Kelapan;BN menghabiskan duit rakyat dengan bermacam-macam koridor.

Kesembilan;BN enggan menyalurkan subsidi untuk mengurangkan harga minyak sedangkan pembangkang menjanjikan pengurangan sebanyak 30 sen bagi setiap liter.

Kesepuluh;BN tidak menunaikan tanggungjawab pada bangsa dan negara dan gagal menunaikan amanah.

I ada jawapan untuk kesemua sepuluh pendakwaan jejaka budiman tersebut.

Pertama, isu BN telah memerintah terlalu lama. I kira sekejap atau lama BN memerintah bukanlah persoalannya. Jika memang prestasi yang ditunjukkan oleh BN selama memerintah itu cemerlang, mengapa kita perlu mempertaruhkan kecemerlangan ini dengan memberikan peluang kepada pihak yang belum tentu mampu menjadi secemerlang BN. Cuba kita fikir secara rasional, adakah wajar dek kerana lama memerintah, kita lantas mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan pemerintahan lain yang belum tentu dapat membela nasib kita?

Ternyata alasan jejaka budiman sangat rapuh. Mungkin juga dia kurang berpengetahuan orangnya. Opss… Biar I beritahu jejaka budiman dan semua yang membaca blog ni sesuatu. Di Hawaii terdapat sebuah parti yang telah memerintah melebihi 100 tahun sekaligus menjadikan parti ini memegang rekod sebagai parti paling lama memerintah. Dalam tempoh selama ini, memang perlu diakui mereka menjadi sangat dominan dan kebal terhadap suara rakyat. Menurut G. W Carter dan J. H Herz (1965) dalam bukunya Government and Politics in the Twentieth Century, politik moden yang wujud pada hari ini boleh dicirikan melalui “Kerajaan Besar” yang mana kuasa dan pengaruhnya terasa di seluruh ruang yang didiami oleh rakyat. Kekuasaan luar biasa dan proksi yang “terlalu kuat” menyebabkan kerajaan menjadi tidak sensitif dengan suara rakyat kerana kerajaan yakin dengan kekebalan autoriti yang ada padanya, rakyat akan dapat ditakluki dengan mudah. Jadi, perlulah diperakui bahawa dalam tempoh memerintah melebihi 100 tahun itu, memang ada kekurangan dan kelemahan, mungkin juga kepincangan. Namun, di sebalik semua itu, rakyat tidak dapat menafikan bahawa telah banyak pembaharuan, kemajuan, kemodenan dan kesenangan yang berjaya dinikmati. Maka dengan kesedaran dan pemikiran rasional rakyatnya inilah, parti terbabit kekal memerintah. Mengapa rakyat Malaysia tidak boleh berfikir dan menilai seperti rakyat Hawaii tersebut?

Kedua, BN kononnya tidak memperjuangkan nasib Melayu. Betulkah? Mari kita ramai-ramai teliti Perlembagaan Malaysia. Bukankah undang-undang tertinggi negara ini digubal dengan begitu cantik dan menjunjung aspirasi membela nasib Melayu sehingga kerajaan memasukkan perihal keistimewaan orang-orang Melayu di dalamnya. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara dan digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sekolah-sekolah kebangsaan dan pekerjaan sektor kerajaan. Islam pula diangkat sebagai agama rasmi dan sebarang usaha menyebarkan fahaman agama yang lain terhadap umat-umat islam adalah dilarang sama sekali. Malah, jika kita merujuk kembali kepada sejarah, UMNO yang merupakan tulang belakang kepada BN ditubuhkan semata-mata untuk menyatupadukan Melayu agar mereka dapat kembali mencapai hak-hak politik dan hal ehwal sosiobudaya negara ini yang telah terlepas daripada tangan mereka.

Kerajaan juga memperkenalkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru untuk memperbaiki taraf pencapaian masyarakat Melayu yang jauh ketinggalan ekoran daripada dasar pecah dan perintah British. Ketika peristiwa 13 Mei melanda negara kita, demi menjaga kepentingan dan sentimen masyarakat Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan berat hati telah memutuskan penyingkiran Singapura daripada Malaysia. Tidak cukup dengan itu, bagi membuktikan keseriusan kerajaan membela nasib orang-orang Melayu, kerajaan telah mengambil inisiatif menyediakan pelbagai peluang pendidikan khusus untuk orang-orang Melayu seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM). Anak-anak Melayu juga diberikan bantuan pendidikan seperti bantuan pendidikan MARA, JPA dan yayasan negeri di samping pelbagai bantuan biasiswa. Memandangkan masyarakat Melayu juga kurang memiliki simpanan, kerajaan telah mengusahakan ASB yang mana pelaburannya hanya terbuka kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera sahaja. Orang-orang Melayu juga mendapat keistimewaan tanah rizab dan potongan harga apabila ingin membeli rumah selain kerajaan memperkenalkan FELDA untuk memperbaiki taraf kehidupan orang-orang Melayu.

Banyak sebenarnya kalau ingin disenaraikan. Takut orang je tak terbaca (I pun tak tertulis). Maklumlah, dah berpuluh tahun memerintah kita. Itu baru beberapa lapangan, belum lagi menyentuh tentang teknologi, perbankan, perniagaan, hartanah, kejuruteraan… Ah, senang cerita terlalu banyaklah! Itukah apa yang dikatakan sebagai tak membela Melayu? Justeru, kalau kerajaan tidak membela Melayu, siapa yang membela Melayu? PR ke? Jom kita tengok beberapa tindakan PR yang ‘membela’ Melayu. Diingatkan, ni beberapa sahaja ke… sebenarnya ada banyak lagi…

Bermula dengan ingin menjadikan ‘Malaysian Malaysia’, hak dan taraf semua warganegara ingin diseragamkan. Sejarah jelas menunjukkan bahawa penduduk asal negara ini adalah masyarakat Melayu. Namun begitu, kita tidak pernah menolak kehadiran masyarakat Cina dan India malah, kita menghormati mereka, juga sebagai rakyat negara ini. Buktinya, dalam kita mempertahankan hak-hak Melayu, kita tidak mengambil apa yang telah memang menjadi hak mereka dan kita tidak pula menafikan keperluan mereka. Sebagai ganti kepada kesediaan Melayu berkompromi berkongsi tanah air mereka dengan masyarakat Cina dan India, kita menuntut agar Melayu dijamin hak mereka dalam beberapa perkara dan situasi sama-sama menang ini sememangnya telah dipersetujui oleh semua pihak. Ia menjadi kontrak sosial yang dipegang oleh semua sehinggalah timbulnya gagasan ‘Malaysian Malaysia’ yang mengancam orang-orang Melayu. Lebih menyedihkan, PKR dan PAS yang sama-sama mendakwa mereka berjuang atas semangat bangsa turut bersengkongkol dengan DAP.

Melayu dan Islam memang sangat sinonim. Justeru, apabila bercakap tentang Melayu, perlu juga untuk kita memperkatakan tentang Islam. Bagaimana selama ini UMNO dan BN berjuang memartabatkan Islam sehingga agama ini muncul sebagai agama rasmi Malaysia. Sayangnya, PR seolah-olah menafikan hak agama ini sebagai agama nombor satu negara apabila terdapat wakil rakyat mereka yang menegah laungan azan dengan alasan bising dan mengganggu tidur kita. Assalammua’laikum orang-orang Islam, kalian tak rasa apa-apa ke dengan usul tegahan ni? Selain itu, usul tegahan penggunaan tulisan jawi dalam papan tanda di negara ini juga turut dikemukakan. PAS dan PKR buat apa? Sekadar berdiam diri sebagai tanda itulah usaha dan bakti mereka dalam membela Melayu.

Penat aje BN merancang pelbagai dasar terutamanya DEB yang selama ini banyak membantu orang-orang Melayu memperbaiki taraf hidup mereka tiba-tiba, apabila PR menang di beberapa buah negeri, DEB dihapuskan. Ketua pembangkang mereka yang sangat lantang berkempen ingin memperbaiki nasib orang-orang Melayu dan orang-orang bawahannya langsung tidak mempertahankan dasar ini sebaliknya mengambil pendekatan selamat dengan sikap tidak masuk campur. Bukankah sikap itu mencerminkan betapa mereka itu sebenarnya mementingkan diri dan kedudukan? Kenangkanlah nasib sedara-sedara kita di Kedah dan di Pulau Pinang sana…

Di Selangor pula, baru beberapa ketika membentuk kerajaan, PR telah mengumumkan pembukaan kuota UiTM kepada bangsa bukan Melayu sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan yang mana UiTM itu ditubuhkan dengan misi menyediakan peluang pendidikan peringkat tertier kepada anak-anak Melayu terutamanya yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Selain itu, cukai pintu juga dinaikkan dalam kadar yang sangat banyak sehingga membebankan rakyat. Konon nak turunkan harga minyak, baru pegang ebberapa negeri dah naikkan cukai pintu. Kalau pegang Malaysia entah-entah semua benda pun naik harga!!! Tapi, yang paling keterlaluan tentu sahaja isu pemberian hak tanah selama 1000 tahun kepada orang-orang Cina. Hai PAS dan PKR… bagus betul tindakan membela bangsa U all tu!!

BN melakukan politik wang ketika pilihan raya? Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada segelintir pemimpin BN yang melakukan tindakan ini TETAPI, apakah jejaka budiman dapat memberikan I satu jaminan bahawa perkara seumpama ini tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pembangkang? Hello saudara jejaka budiman, U ada baca paper x? Last week dalam Sinar (muka depan lagi), Tok Guru Nik Aziz dengan tegas mengutuk perbuatan sesetengah ahlinya yang melakukan politik wang dalam beberapa pilihan raya kecil. Itu belum jadi pemerintah, kalau dah memimpin Malaysia macam mana pulak politik wang mereka agaknya? Boleh kalau nak mengecam tindakan kerajaan tapi pembangkang kenalah pastikan yang mereka tak lakukannya. Takdelah nanti makan diri sendiri. Dua kali lima, mengata orang, mereka sendiri apatah lagi!!!

Isu korupsi pulak... Seperti juga politik wang, I sama sekali tidak menafikan kebarangkalian kewujudan perkara ini Cuma, apa yang I perasan, kerajaan mula berubah. Di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau bersikap telus dan tegas dalam menangani masalah korupsi para pemimpin BN. Buktinya berapa ramai pemimpin BN yang telah dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan korupsi. Malah, BPR juga dinaik taraf menjadi suruhanjaya dalam usaha untuk memastikan ia lebih berkecuali dan bebas dalam menjalankan fungsinya. Para pemimpin BN diminta untuk mengisytiharkan asset yang mereka miliki untuk mencegah korupsi. Dalam kalangan pembangkang ada buat macam ni ke? Baru je mendapat kuasa, dah tukar kenderaan negeri. Beli Camry yang harganya ratusan ribu ringgit, YB Datuk Seri Khalid di Selangor tu apa cerita? Berzakat dengan wang kerajaan? Beli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 kononnya untuk dibuat zakat tapi lembu ke mana, zakatnya ke mana. Ada ke berzakat pakai duit kerajaan? Dah tu, kereta peribadi beliau rosak, beliau hantar baiki dengan menggunakan wang kerajaan. Amboi, menyalah guna kuasa nampak! Itu belum lagi kisah puluhan Camry yang dibeli oleh PR untuk dijadikan kenderaan rasmi Nizar dan para exconya di Perak. Jadi, layakkah mereka mahu menghukum kerajaan kononnya corrupt sedangkan mereka sendiri pun mengamalkannya…

Tak sudah-sudah dengan hukum hudud. Malaysia ni negara berbilang etnik dengan pelbagai sensitivity perkauman. Untuk melaksanakan hukum hudud bukanlah semudah yang dicakap. Banyak perkara perlu diambil kira. I tak cakap yang I tak sokong pelaksanaan hukum hudud cuma melihat kepada faktor rasional, bagi I apa yang penting, selagi kepimpinan sedia ada tegas mempertahankan hak-hak Islam sebagai agama rasmi negara, kita masih perlu bersyukur. U all rasa kalau PR berjaya membentuk kerajaan, akan terlaksanakah hukum hudud tu? Bukalah mata, jangan terpedaya dengan propaganda politik mereka. Tengok ajelah situasi semasa. Belum lagi menjadi pemerintah, sudah pandai-pandai merancang mahu menghapuskan laungan azan.

Pemerhatian yang lebih mudah lagi, lihat sahaja di Kelantan, Islam sangat menitik beratkan soal kebersihan tetapi apabila kita mengunjungi negeri Cik Siti Wan Kembang ini, seruan islam tidaklah sepenuhnya terlaksana. Tandas-tandas awam dan gerai-gerai penjaja sangatlah kotor. Perkara mudah, menjaga kebersihan pun tidak dapat mereka laksanakan dengan baik, inikan pula membabitkan masalah perundangan yang lebih kompleks. Hai, alamat haru-birulah Malaysia.

Persoalan tentang Islam Hadhari pula, nampak sangat jejaka budiman sangat dangkal pengetahuannya tentang konsep yang satu ini. Islam Hadhari itu sebenarnya bukanlah cabang Islam baru yang dicipta oleh Pak Lah cuma, Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari yang mempunyai 10 prinsip dengan tujuan agar masyarakat Islam menjadi kelompok yang lebih baik, bersatu hati dan memperbaiki prestasi ummah. Islam Hadhari diperkenalkan ketika Islam bergolak di peringkat global dengan dituduh sebagai pengganas dunia. Justeru, Pak Lah mengambil pendekatan dengan memperkenalkan 10 prinsip Islam Hadhari sebagai salah satu cara untuk menyekat fahaman Islam sebagai pengganas, memberitahu dunia bahawa masyarakat Islam di Malaysia adalah masyarakat Islam yang bersedia menerima kemajuan, bersikap terbuka di samping terus mengekalkan nilai-nilai keislaman.

Seterusnya, jejaka budiman mendakwa BN malu sendiri kerana pembangkang telah menerajui lima negeri. Ketika I memberitahu dakwaan ini kepada seorang teman sepejabat I, tergelak dan menggeleng kepala dia. Katanya, BN tak perlu rasa malu pun dengan kemenangan pembangkang itu cuma mereka perlu menganalisis punca dan kelemahan yang terjadi sehingga wujud perubahan undi dalam kalangan masyarakat. Sebaliknya, pembangkang yang perlu berasa malu kerana baru diberi mandat mentadbir lima negeri, sudah begini huru-hara yang timbul. Nampak sangat pembangkang tidak mempunyai kemampuan mentadbir Malaysia. Ya, I bersetuju dengan kata-kata teman sepejabat I. Sejak sekian lama BN memerintah, tiada pun keadaan yang sebegini kacau terjadi. Tiada pun kemelut politik yang tak berkesudahan, tiada pun ulangan pilihan raya kecil disebabkan oleh perkara-perkara remeh.

Persoalan koridor, kerajaan tidak menghabiskan duit rakyat sebenarnya. Cuma, mungkin memang kecenderungan masyarakat Malaysia. Mereka lebih suka untuk memilih janji-janji yang bersifat serta-merta. Mungkin juga mereka lebih mudah terpengaruh dengan apa yang berada di depan mata. Kesan dan faedah daripada projek-projek koridor kerajaan ini hanya boleh dinikmati selepas suatu tempoh masa yang panjang. Kerana itulah mereka merasakan projek koridor kerajaan merugikan wang rakyat. Kalau membangunkan pelbagai koridor itu jejaka budiman katakan sebagai membazir, bagaimana pula dengan tindakan menukar kenderaan rasmi negeri oleh pembangkang sedangkan kenderaan rasmi sedia ada masih elok? Bagaimana pula dengan pelbagai siri pilihan raya kecil yang dirancang pembangkang dengan membabitkan kos kempen yang besar? Tolonglah respon, yang mana sebenarnya lebih membazir?

Apabila kita tidak menjadi kelompok yang memerintah, kita memang akan hanya pandai bercakap, menuding jari itu dan ini kepada kerajaan sebab bercakap tidaklah sesukar mana. Kita menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga minyak dan meminta agar kerajaan menambah subsidi tetapi apabila masyarakat kita dipanggil sebagai masyarakat subsidi, kita melenting pula. Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak bukanlah atas dasar suka-suka sebaliknya ia adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia yang jelas di luar kawalan kerajaan kita. Berkali-kali juga kerajaan menerangkan mengapa perolehan petronas tidak boleh digunakan sebagai subsidi tapi ternyata semua penerangan itu hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi.

Mengapa tidak kita melihat kenaikan harga minyak ini daripada aspek yang lebih positif?. Dengan kenaikan harga minyak, mutu perkhidmatan kenderaan awam kita akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini. LRT, bas-bas awam dan teksi akan meningkatkan prestasi mereka sekaligus menarik lebih ramai pengguna. Apabila ramai yang menggunakan kenderaan awam, kesesakan lalu lintas juga akan dapat dikurangkan. Lagipun, kerajaan boleh menggunakan subsidi untuk menurunkan harga minyak itu untuk sektor-sektor lain seperti pendidikan dan perubatan. Saban hari ada sahaja media melaporkan tentang rakyat Malaysia yang menderita penyakit kronik tetapi tidak mampu mendapatkan rawatan lanjut kerana tidak mampu. Dalam sektor-sektor seperti inilah kerajaan seharusnya menyuntik lebih subsidi.

Terakhir, dakwaan kononnya kerajaan tidak menunaikan tanggungjawab pada bangsa dan negara dan mengkhianati amanah rakyat. Kalau hendak bercerita tentang amanah, tindakan Datin Sri Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya itu melambangkan beliau sendiri tidak menunaikan tanggungjawab pada bangsa dan negaranya. Setelah menabur pelbagai janji dalam kempen-kempen pilihan raya, beliau meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya. Tinggallah segala janji begitu sahaja. Amanah yang rakyat letakkan di bahu beliau dipersia-siakan. Begitu juga dengan siri pilihan raya kecil yang lainnya. Pembangkang sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi mereka tanpa alasan yang digariskan oleh perlembagaan. Tidakkah itu mengkhianati amanah rakyat. Setelah mendapat kepercayaan, semua itu dipersia-siakan.

Dengan semua hujah balas ringkas I terhadap jejaka budiman (sebenarnya banyak lagi yang I nak tulis tapi banyak pulak kerja lain), I harap jejaka budiman dan kita semua dapatlah berfikir dengan rasional dan menilai semula apa yang ada di depan mata. Janganlah kita hanya pandai menghukum tanpa menilai terlebih dahulu. Jangan hanya kerana satu dua kekurangan, kita terus menafikan seribu satu kelebihan yang selama ini telah kita nikmati.

Renung-renungkanlah!!!

Tahukah anda.......??

Monday, May 25, 2009


Pilihan raya umum di Malaysia diadakan buat pertama kalinya dua tahun lebih awal sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan sehingga kini, Malaysia telah melalui 12 episod pilihan raya umum bermula pada 1955 dan yang mutakhir pada 2008, sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan terlaksananya pilihan raya umum, ini bermakna sistem demokrasi berparlimen yang cuba dipraktikkan di negara ini berkembang seperti yang diharapkan.

Pada kebiasaannya, pilihan raya diadakan antara empat hingga lima tahun sekali. Pilihan raya dilaksanakan dengan berteraskan kepada konsep perebutan kerusi parlimen di antara calon-calon yang bertanding di atas tiket parti-parti yang mereka wakili. Malaysia mengamalkan konsep pemilihan wakil rakyat yang didasari oleh kawasan pilihan raya, sama seperti yang diamalkan di Britain, bukan atas dasar proportional seperti yang berlaku di Perancis. Kemenangan seseorang calon yang bertanding juga boleh diperolehi melalui sistem majoriti mudah iaitu walau hanya satu lebihan undi sahaja sudah cukup memadai untuk membolehkan calon tersebut menang.

Di Malaysia, pilihan raya dilihat sebagai satu-satunya platform dalam menyediakan sedikit ruang politik yang agak terbuka kepada sekalian rakyat untuk membolehkan mereka menyuarakan pendapat, pendirian dan tuntutan, sekaligus ia menjadi saluran untuk rakyat membuat pilihan terhadap barisan kepimpinan yang layak untuk diberi mandat dan memperolehi kuasa legitimasi memerintah negara setelah saluran-saluran yang lain bersifat agak terhad dan terkongkong. Justeru, rakyat Malaysia perlulah mengambil bahagian dalam setiap pilihan raya dengan mendaftar sebagai pemilih supaya hak dan suara mereka terbela.

Teman ymku yang ‘budiman’…

Ingat lagi Lynn, kawan ym I yang sangat kemelayuan. Tapi, kali ni I bukan nak cerita tentang Lynn. Kali ni I nak cerita tentang seorang kawan ym I yang menggelarkan dirinya ‘jejaka budiman’ (geli jerk!) Huhu… budiman sangat ke sampai pakai nick name macam tu? Hah, nak tahu si mamat seorang ni budiman atau tak, kenalah terus setia bersamaku… hehe… = >

Mula-mula mamat ni tegur I elok je…ayat baik je. Tapi, masuk je cerita pasal politik negara, mamat ni terus emo semacam. Asalnya cuma cerita tentang kemenangan Datuk Sri Zambry kat Perak. Tup-tup mamat ni berhujah panjang berjela-jela macam serba arif tentang keadaan negara hari ni.

Pung-pang, pung-pang dia dok mengata kerajaan. Cakap memang tak toleh kiri kanan. Agaknya orang tua dia tak pernah pesan kat dia, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dalam hati I berkata; “Eh mamat ni, dah request orang, bila orang accept, cakap macam bagus pulak!”

I sempat copy apa yang kitorang chat dan tulis semula dalam ruangan ni (ada part sensor yg dah I delete)… Jom kita sama-sama baca betapa ‘poyo’nye mamat sentimental ni..

Jejaka budiman: Hai awak… blh kt ym?

I: (Bercakap sendiri dalam hati, mamat mana ni? Mana pulak dapat ym I? Ah, layan jerklah!). Hai… ok

Jejaka budiman: Sy dpt ym awk dpd kwn sy. Sorilh klu awk mrh.

I: Xpe

Jejaka budiman: Awk bz ke?

I: Sikitlah…

Jejaka budiman: Emm… awk ni ckp septh-septh je. Mcm x nk chat ngn kt je.

I: Xdelah. Cuma ayt2 u tu x perlukn jwpn pjg2

Jejaka budiman: Ooo.. mcm tu ke? Awk ada apa-apa nak ckp ke?

I: Ntahlah. U la ckp.

Jejaka budiman: Awk org mn?

I: Jhr. U?

Jejaka budiman: Perak.

I: Wah, negeri kontroversi. Well, slmt dtdbr mb baru. Datuk Zambry mng klmarin

Jejaka budiman: I lg suka Datuk Nizar yg mng!

I: Knp ye?

Jejaka budiman: Lm sgt dah BN pimpin kt. Biarlah kali ni kt bg pluang pd pbgkg. BN pon skrg bknnya bagus sangat. Kata je nak pjuangkn org2 Melayu tp tu semua sbnrnya x lbh dpd agenda kjaan je. Bila p/ry je mulalah politik wang. Korupsi. Kata ni negara islam tapi xnak pon laksanakn hukum hudud. Pastu Pak Lah plk buat islam yg baru. Islam Hadhari konon. Kempen takbur sgt. Ckp pbgkg tak leh mng. Skrg, pbgkg dah pgg 5 ngri. Baru dorg malu sdiri. Johor yg kononnye spi kiamat tu pbgkg tak mng pon dah klh 6 kerusi. Dah tu, habiskan duit rakyat dengan mcm2 koridor. Ckop2lah koridor yg ada kat umah tu aje! Hrg myk naik ckit pny byk. Pastu xnk bg subsidi trunkn hrg. Pbgkg siap blh jnj trunkn hrg myk 30 sen lg klu mng PRU 12. Itu ke nak myngkn rkyt? BN sekarang ni langsung tak menunaikan tanggungjawab pada bangsa, dan negara. Tak tunaikan amanah!

I pun rasa bengang sangat dengan mamat sorang ni. Bukan bengang sebab dia kutuk kerajaan. Tu I tak heran. Kita negara demokrasi. Semua orang bebas bercakap apa aje tapi kenalah ingat, terlajak kata, badan binasa. Ni I yang bengang sangat dengan mamat budiman ni sebab semua hujah dia tu hujah surface je. Hujah budak-budak yang boleh dipatahkan semudah 1,2,3. Hehe…

I pun malaslah nak layan mamat ni. Tapi, I tak naklah cancel dia macam tu je. Mana boleh! I tetap nak tembak dia. Punyalah panjang berjela-jela dia menceceh, ayat I mudah dan ringkas aja. “Ermm… U ckp mcm wakil rkyt. U ni m’undi ke x?”. Dan, agak-agak U all apa jawapan dia? Jeng, jeng, jeng…

TAK!!!

Huh, I pun bagai pucuk dicita, ulam mendatanglah! Orang mengantuk disorongkan bantal… sedaplah I tembak dia. Huh, cakap berkobar-kobar… BN inilah, itulah… pembangkang betterlah tapi diri sendiri tak mendaftar. Hai, tak faham betul I dengan manusia macam ni!!

Lancang aje mulut tu menuduh kerajaan tak menunaikan tanggungjawab pada bangsa dan negara. Tak amanah konon. Diri sendiri tu apa kurangnya? Bukan ke mengundi tu tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia? Kalau rasa-rasa macam tak nak mengundi, tak nak jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, silalah tukar kerakyatan. Habis cerita.

Dengan tidak keluar mengundi samalah seperti kita tidak amanah. Mengapa? Kerana undi kitalah yang menentukan masa depan politik negara kita dan hala tuju bangsa kita akan datang. Tambahan pula, mengundi memang menjadi kewajipan ke atas setiap warganegara yang berusia 21 tahun dan ke atas. Bukankah setiap yang menjadi kewajipan itu amanah? Kalau diri sendiri mengkhianati amanah, tak payahlah hendak bercakap tentang keperluan pihak lain menunaikan amanah. Kalau dah diri sendiri tak bertanggungjawab pada bangsa dan negara, tak usahlah nak complain tentang orang lain dan menuduh mereka pula yang tidak bertanggungjawab.

Kepada jejaka budiman yang ‘teramat’ budiman, orang-orang tua selalu kata, cermin diri tu sendiri! Kalau kita sendiri pun tak betul, tak payahlah nak mengharapkan kesempurnaan…

*** Hujah dakwaan jejaka budiman yang lemah akan dibalas dalam next post… Tungguuuuuu…

Save our nation - Siri II

Kata bijak pandai; "Jangan setelah terhantuk, baru terngadah", apabila nasi sudah jadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah tak dapek den nak nolong!! Mari sama-sama kita lapangkan minda, lihatlah rencah asam garam politik negara tanpa prejudis. Apakah ini kesejahteraan dan Malaysia baru yang penuh kemakmuran yang dijanjikan oleh pembangkang? Apakah perpecahan ummah yang sedang hebat berlaku ini kita katakan sebagai modul islam? Politik negara sedang di ambang bahaya... tiada siapa yang dapat menyelamatkannya, tiada tangan ajaib, hanya kita! Justeru, marilah sama-sama kita rapatkan bahu, berganding dan kembali bersatu. Kita selamatkan tanah air tercinta ini daripada mereka yang berjuang atas nama kepentingan peribadi dan menjadikan islam hanya sekadar permainan politik semata-mata.

Datuk Sri Zambry Abdul Kadir

Friday, May 22, 2009



Diumumkan sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan. Akan tamatkah kemelut politik Perak?

Datuk Seri Nizar Jamaluddin


Ketika menjadi MB Perak

Di sinikah pengakhirannya?

Jam 3.30 petang tadi (22 Mei 2009), mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara telah memutuskan bahawa Datuk Sri Zambry Abdul Kadir merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Terdahulu (pada 11 Mei yang lalu), Mahkamah Tinggi telah mengumumkan bahawa Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak, baagimanapun Mahkamah Rayuan menolak keputusan terbabit kerana menyifatkan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi gagal mengabstrak segala maklumat dan data yang ada padanya sehingga memberikan keputusan yang tidak tepat.

Mahkamah Rayuan pada hari ini bersidang membabitkan Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop. Menurut Hakim Datuk Md Raus, tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Zambry sebagai Menteri Besar Perak setelah baginda berpuas hati dengan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri terhadap Zambry adalah sangat tepat kerana ia adalah selari dengan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

(Sumber: Bernama)

Keranamu Malaysia lagi???

Cerita kali ni sambungan kepada post 'Keranamu Malaysia'...

Cuba kita dengar betul-betul lagu tu. Hayati dan fahami tiap bait-bait senikatanya. Lagu tu menceritakan kepada kita tentang dua fasa kehidupan. Dahulu dan sekarang... Dulu kita orang-orang Melayu, melalui dasar pecah dan perintah British, hidup ketinggalan kat tanahair sendiri. Disebabkan takut berlakunya semangat nasionalisme dalam kalangan orang-orang Melayu, British tidak menyediakan pendidikan yang tinggi untuk kita. Lalu, jadilah kita ini bangsa yang mundur, terkebelakang mindanya, daif ekonominya dan penuh dengan rasa rendah diri. Orang-orang Melayu hanya setakat menjadi buruh, nelayan dan petani, mengusahakan sistem ekonomi sara diri yang diwarisi zaman berzaman. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hingga hampir tidak berlaku langsung mobilisasi sosial dalam masyarakat kita.

Tapi, hari ini, lihatlah bangsa Melayu kita... Sudah ada yang bergelar doktor, arkitek, majistret dan saintis. Sudah ada anak Melayu kita yang muncul sebagai pelajar cemerlang negara, pakar matematik dan sudah ada anak Melayu kita yang disebut-sebut namanya dalam bidang sukan. Sudah ada anak Melayu kita yang bergelar angkasawan dan sudah ada juga anak Melayu kita yang berjaya belayar mengelilingi dunia. Sudah ada pakar IT dan pakar ekonomi dalam kalangan kita. Malah, sudah ada hartawan dan jutawan juga. Lihatlah Syed Mokhtar Al-Bukhary yang muncul sebagai antara mereka yang terkaya di Malaysia. Sebagai anak Melayu tulen, personally, I turut berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh bangsa kita.

Seperti yang disebut dalam lagu 'Keranamu Malaysia' itu, kerana Malaysia, pada hari ini kita semua menjadi bangsa yang berjaya, hidup selesa dalam negara yang aman makmur dan bebas daripada belenggu penjajah. Tapi, sedarkah kita bahawa Malaysia hanyalah sebuah negara yang tidak mampu menyumbang kepada semua kesenangan ini tanpa adanya entiti lain yang sanggup bersusah payah berjuang untuk mendapatkan semua ini? Dan, entiti itu sudah tentulah BN (dahulunya dikenali sebagai perikatan). Daripada dijajah, pemimpin-pemimpin BN berjuang mendapatkan kemerdekaan. Daripada Tanah Melayu, mereka mengembeleng tenaga sehingga lahirnya Malaysia. Daripada Melayu yang tersisir, kini Melayu bangga menjulang satu demi satu kejayaan. Semua ini diperjuangkan atas nama agama, bangsa dan negara... keringat dicurahkan, semangat dan bakti ditaburkan...

Tapi, mungkin benar kesenangan dan keselesaan akan membuatkan kita mudah lupa diri, melupai sejarah yang mengajar kita tentang banyak perkara. 8 Mac berlalu dengan menyaksikan bermulanya episod baru dalam geo-politik Malaysia. Politik Malaysia sudah tidak stabil! Itu tanggapan orang luar dan para pelabur asing. Hakikatnya, kita boleh menipu dunia luar tapi tidak diri sendiri. Dalam terpaksa. kita perlu juga mengakui... benarlah politik Malaysia dalam keadaan yang parah. satu demi satu insiden terjadi. Pilihan raya kecil sudah menjadi mainan pembangkang. Bermula dengan ibu segala pilihan raya kecil di Permatang Pauh, pembangkang terus menggunakan isu-isu 'sampah' untuk mengkhianati amanat bangsa. Pelbagai janji ditabur ketika kempen PRU 12, apabila menang, satu persatu meletakkan jawatan.

Janji PR, kalau menang di Selangor, cukai pintu akan diturunkan walhal setelah menang, cukai pintu naik mendadak. BN dituduh korupsi sedangkan mereka setelah menang, kereta yang lama berganti baru. Mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka jauh lebih teruk. Sekurang-kurangnya UMNO dan BN membuktikan mereka berjaya memperbaiki nasib Melayu melalui pelbagai dasar dan perancangan mereka bukan seperti PR. Elok sahaja mendapat kuasa, DEB dihapuskan. Itukah janji PKR dan PAS untuk mrmperbaiki kehidupan masyarakat Melayu? Dengan aspirasi kononnya memartabatkan Islam, PAS berkempen macam petir mendakwa bangsa Melayu yang mengaku Islam wajib memangkah mereka. Tup-tup, apabila dalam parlimen DAP menggagaskan agar tiada laungan azan yang disifatkan sebagai bising dan mengganggu mereka, PAS dan PKR hanya menikus, tidak membantah sedangkan jelas dan terang regu mereka sedang mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Kemelut politik Perak pulak satu lagi cerita. Samppai naik pening kepala ni nak memahami mainan politik pembangkang. Kempen punya kempen melompat parti, akhirnya memakan diri. Kalau benar bagai dikata dalam lagu 'Keranamu Malaysia', nyawa pun akan sanggup dipertaruhkan, inilah masanya untuk menyumbang kepada nusa dan bangsa. Kembalikanlah kemakmuran negara kita dengan mengundi secara adil dalam PRU 13 dan siri-siri pilihan raya kecil yang berlangsung. Ingat, adil itu adalah apabila kita meletakkan sesuatu pada yang hak!!

Mengapa mereka yang kita korbankan?



Hai... hati ni tetiba je teremosi. Rasa rindu sangat dengan anak buah I yang dua orang ni... Comelnyer U all... (ceh, perasan betul I ni! Tak malu sungguh puji anak buah sendiri...)

Well, kerinduan pada Fayd dan Munirah dan rasa sayang I yang amat banyaknya pada diorang telah menyebabkan I tergerak nak menulis dan menulis lagi...

Kali ni tentang masa depan diorang dan kanak-kanak yang seangkatan dengan diorang... Melihat kepada iklim politik sekarang, hati I rasa resah sangat. Sampai bila agaknya keadaan politik negara yang terumbang-ambing ni akan pulih seperti sedia kala?

I mewarisi ibu pertiwi ni daripada kedua orang tua I dalam keadaan Malaysia sedang giat membangun, ekonominya bagus dan politiknya juga stabil. Warisan ni tentu sekali turut dirasai oleh U all semua terutamanya yang sezaman dengan I. Dek kerana itu, I selalu terfikir adil ke I dan adil ke kita semua ni kalau kita mewariskan Malaysia yang haru biru kepada anak-anak tersayang dan kepada generasi masa depan negara ni?

Bila merenung wajah Fayd dan Munirah dan pada setiap kali memeluk cium mereka, I selalu rasa takut memikirkan masa depan mereka setelah I mengambil kira keadaan politik sekarang. Melayu sesama Melayu berpecah belah. Cina dan India pula semakin lantang menuntut kesamarataan. Terfikir pula I, rakyat Malaysia yang lain tak risau ke? Tak rasa terancam ke? Atau, apakah rakyat Malaysia terutama Melayu dan suara-suara muda sudah lesu semangat perjuangannya?

Bangsaku, I tak mintak banyak... cukuplah cuma luangkan 10 minit untuk kita semua renung ke wajah adik-adik kita, anak-anak buah kita dan mungkin ke wajah anak-anak kita... apalah nasib mereka pada masa depan kalau kita yang ada pada hari ni sekadar bergoyang kaki melihat bangsa dan negara kita diperkotak-katikkan?

Kita hari ni mampu menggenggam segulung ijazah, memandu kereta jenama Malaysia, tinggal di rumah batu yang selesa, menikmati persekitaran yang sempurna, menjawat jawatan kolar putih serta memperolehi gaji ribuan ringgit setiap bulan. Cuba kita fikirkan, jika tiada mereka yang selama ini bertungkus-lumus berusaha mengadakan semua ini, apakah kita dapat menikmati kehidupan sebaik ini?

Lalu, mengapakah kita menjadi bagaikan kacang lupakan kulit? Setelah habis segala madu daripada keringat mereka kita hisap, adakah wajar sepahnya kita buang begitu sahaja? Mengapa kita menjadi bangsa dan rakyat yang sangat mementingkan diri?

Ermmm... benarlah kata orang-orang tua, walau berjuta kebaikan dan jasa yang kita taburkan, hanya kerana satu kesalahan, itulah yang akan dikenang orang dan menjadi sebutan hingga akhir nyawa kita. Sesungguhnya, I sangat kesal andai benar inilah gambaran masyarakat kita!

Setelah lebih 50 tahun merdeka dengan pelbagai kesenangan dan kemakmuran, mengapa kita tiba-tiba menjadi bangsa yang mementingkan diri? Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu yang banyak berjasa itu menjadi korban. Janganlah kerana sedikit rasa tidak puas hati dalam diri, kita mengambil jalan kurang bijak dengan menjadikan anak-anak kita sebagai korban.

I tak bercakap untuk diri I dan I tak minta U all semua merenungkan apa yang tertulis ini untuk diri sendiri sebaliknya, marilah kita kenangkan wajah-wajah hijau yang kita sayang. Jangan kita sia-siakan masa depan mereka.

Siapa tahu si kecil yang mengisi kehidupan kita itu nanti bakal menjadi seorang doktor, akauntan, peguam, jurutera bahkan juga mungkin akan menjadi seorang pemimpin jika mereka diberikan ruang dan peluang yang secukupnya.

Andai keadaan pincang ini yang kita wariskan kepada mereka, adakah mereka akan dapat membina masa depan sebaik kehidupan yang kita miliki hari ini?

Ingatlah, kita akan ditanya nanti apabila kembali kepadaNYA; apa yang telah kita berikan kepada agama, bangsa dan negara. Jangan sampai di alam abadi nanti, anak-anak kita menyalahkan kita kerana 'menghadiahkan' kehidupan yang penuh keperitan buat mereka...

Dan untuk Fayd, juga Munirah, Amoi cayang sangat kat U all. Selamat membesar anak-anak buahku dan selamat mengenal sebuah kehidupan. ('-')

Bangkitlah wahai generasi muda

Thursday, May 21, 2009

Kali ni nak bercerita tentang tanggungjawab mengundi pulak. Idea ni dapat masa berbual-bual dengan kawan-kawan lunch tadi...

Adalah seorang kawan bertanya kepada I... "u mendaftar tak sebagai pemilih?". Dan I dengan penuh bangganya menjawab ya... Mana tak bangganya, mendaftar sebagai pemilih dan kemudian keluar membuang undi sewaktu pilihan raya merupakan antara ciri-ciri rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tau...

I pun tanyalah semula kepada dia dan kepada dua lagi kawan yang lain. Hampeh betul! Tiga-tiga orang tak mendaftar sebagai pemilih. Tapi, yang buat I terkilan dan kesal sangat tu, ketiga-tiga orang kawan I ni adalah Melayu.

Kenapalah agaknya generasi muda (sebahagiannya) tidak memiliki kesedaran untuk berpolitik? Kalau pun tidak mahu terlibat secara aktif, cukuplah sekadar menjadi pemilih, menunaikan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Mungkin anak-anak muda bangsa kita masih belum sedar kepentingan mendaftar sebagai pemilih dan pengundi. Sebagai sebuah negara demokrasi, pilihan raya dan proses membuang undi merupakan hak semua rakyatnya dan hak ini seharusnya tidak dipersia-siakan begitu sahaja.

Sedarkah kita bahawa pilihan raya merupakan satu-satunya cara terbaik untuk menentukan hala tuju negara di samping menentukan pucuk pimpinan kita?

Bagi anak muda berbangsa Cina dan India, sebaik sahaja mereka berusia 21 tahun, antara perkara yang akan mereka lakukan adalah mendaftar sebagai pemilih. Sedangkan anak-anak muda berbangsa Melayu hanya memandang remeh keperluan mendaftar sebagai pemilih, jauh sekali ingin bersesak-sesak pergi membuang undi.

Tapi, kita tak sedar yang keadaan ni sangat membahayakan kita. Apabila semakin ramai anak muda Cina dan India yang layak mengundi dan Melayu semakin ramai tidak mendaftar sebagai pemilih, dikhuatiri akhirnya Melayu nanti akan ditadbir oleh kaum bukan Melayu.

Masakan tidak, bagi pengundi-pengundi Cina dan India, kebarangkalian untuk mereka mengundi pemimpin-pemimpin Melayu adalah sangat rendah. Daripada memangkah orang-orang kita, adalah lebih baik mereka memangkah orang-orang mereka. Akhirnya, bila tiada yang ingin memangkah Melayu lagi, hilanglah pemimpin-pemimpin Melayu ini daripada pentas politik negara.

Jadi, dengan kelalaian dan sikap tidak bertanggungjawab muda-mudi Melayu sendiri, jangan terkejut kalau satu hati nanti satu-satunya lapangan yang masih dikuasai oleh Melayu ini akan terlepas ke tangan kaum Cina dan India.

Ketika itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi. Ingatlah anak bangsaku!!!

Tahukah anda.......???


Belia merupakan entiti masyarakat yang paling besar dalam kebanyakan negara. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengklasifikasikan belia sebagai kelompok masyarakat yang berusia di antara 18 hingga 40 tahun. Pertubuhan Komenwel pula menyifatkan belia sebagai mereka yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 29 tahun.

Belia hidup dalam zaman remaja yang penuh warna-warni dan pancaroba. Terkenal sebagai golongan yang sukakan cabaran, belia merupakan individu yang hidup dalam alam transisi iaitu suatu alam perubahan di antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa.

Belia menjadi tunggak kepada pembangunan sesebuah negara sehingga ramai cendekiawan berkata, negara pada masa hadapan ditentukan oleh belia pada hari ini. Belia juga merupakan pewaris kepada pemerintahan negara. Justeru, belia perlulah menyediakan diri mereka dengan segala kemahiran dan pengetahuan demi memastikan mereka menjadi individu yang berkualiti pada masa depan

Keranamu Malaysia




Keranamu Malaysia (Pak Ngah / Siso Kopratasa)




Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Hakikatnya, lagu ini bukan hanya sekadar untuk dijadikan halwa telinga, apatah lagi sekadar untuk dinyanyikan tanpa apa-apa rasa dalam jiwa. Sesungguhnya, Keranamu Malaysia lebih merupakan penceritaan yang menggambarkan transformasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak banggakah kita dengan pencapaian Malaysia dan pencapaian bangsa kita hari ini? Fikirkanlah, tanpa adanya sebuah entiti yang benar-benar memiliki kapasiti untuk melaksanakan segala pembaharuan ini, adakah kita akan berada dalam keadaan seperti ini?

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


Presiden UMNO yang kedua merangkap Perdana Menteri Malaysia yang sulung merupakan putera raja yang sangat berdedikasi. Bernama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, beliau turut dikenali sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ kerana dengan berkat usaha beliau dan rakan-rakan, Tanah Melayu telah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Bakat kepimpinan Tunku sudah mula terserlah sejak Tunku menuntut di London lagi. Pada ketika itu, Tunku merupakan Presiden Persatuan Melayu Great Britain. Kepulangan Tunku ke Tanah Melayu pada tahun 1949 menjadi titik permulaan kepada wadah perjuangan yang baru.

Penglibatan beliau secara tidak langsung dalam parti UMNO telah membawa kepada perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku kekal sebagai perdana menteri sehingga beliau mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1970.

Pada tahun 1957, Tunku telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Piala Merdeka yang mana ia terbuka kepada semua negara kecuali Israel. Selain itu, Tunku turut mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha untuk memperkayakan warisan negara.

Sebagai perdana menteri, Tunku bertindak melancarkan beberapa polisi baru, antara yang sangat memberi kesan adalah Dasar Ekonomi Baru. Tunku juga melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan.

Di peringkat antarabangsa pula, Tungku mengilhamkan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) melalui pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan ini kemudiannya digantikan dengan perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 dengan membabitkan lebih banyak negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Tunku dalam masa yang sama menentang keras dasar apartied di Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya daripada Komenwel melalui Persidangan Komenwel di London.

Tunku sangat terkenal sebagai seorang pemimpin yang bersikap humanis dan mencintai kedamaian. Beliau merupakan pembina bangsa dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam usaha menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Hasil usaha yang tidak pernah mengenal jemu dan lelah, Tunku telah berjaya menyatukan rakyat Tanah Melayu di bawah satu parti politik nasional, dikenali sebagai Perikatan (kini Barisan Nasional) bagi menentang penjajahan British sekaligus menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Berbekalkan kepada aspirasi UMNO untuk membentuk perpaduan dalam kalangan orang-orang Melayu, Tunku telah bangkit menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union dan beliau sanggup menghadiri perjumpaan-perjumpaan untuk menentang Malayan Union di sekitar pekan Alor Setar. Tunku juga dengan rela hati telah mengorbankan kerjayanya semata-mata kerana rasa kebertanggungjawaban untuk menerajui kepimpinan UMNO.

Putera raja yang berjiwa rakyat ini juga merupakan seorang pejuang kemanusiaan yang unggul. Beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika pada 1961 yang dilanda peperangan saudara.

Di antara sumbangan terpenting Tunku adalah usaha untuk menyelamatkan negara daripada ancaman komunis sewaktu zaman darurat. Beliau telah memberi tawaran pengampunan beramai-ramai kepada para pengganas yang menyerah diri. Ini disusuli pula dengan Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 di antara pihak PKM dengan pihak kerajaan.

Tunku merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura tetapi Singapura kemudiannya disingkirkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Seperti mana yang telah diketahui umum, kelahiran UMNO antaranya adalah bertujuan untuk memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Justeru, selaku pemimpin nombor satu negara, Tunku banyak melibatkan diri dalam usaha-usaha mengembangkan Islam. Antaranya adalah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini bermula seawal tahun 1960.

Antara yang dilakukan oleh Tunku termasuklah mengasaskan pertandingan membaca al-Quran atau disebut sebagai pertandingan tilawah al-Quran. Hari ini, pertandingan tersebut masih terus dijalankan dengan sambutan yang lebih menggalakkan daripada segenap negara Islam.

Tunku turut menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau PERKIM ketika pertubuhan ini ditubuhkan pada 20 Ogos 1960. Atas wawasan dan kerja keras beliau, PERKIM telah muncul sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua negara Islam.

Selaku pemimpin PERKIM, Tunku mengambil inisiatif yang serius dalam menghulurkan bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Berbekalkan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tunku menempatkan sehingga 45,000 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cherating.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, pemimpin unggul UMNO yang dermawan ini juga telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah Darul Aman menggunakan tanah milik beliau bagi tujuan pembinaan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua. Bangunan ini kemudiannya dinamakan sebagai Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra.

Selain itu, Tunku juga dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekreteriat Negara-negara Islam yang pertama di Jeddah pada 9 Jun 1970 lantaran daripada usaha beliau membantu kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969.

Di bawah kepimpinan Tunku, persatuan ini telah berjaya menarik lebih 41 buah negara Islam untuk menyertainya. Seiringan itu, beliau telah mengusulkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai satu institusi khusus dalam kerangka OIC.

Meskipun telah bersara, Tunku masih terus aktif dalam memperjuangkan Islam. Pada 18 Januari 1980, Tunku dilantik sebagai Presiden yang pertama untuk Regional Islamic Council for Southeast Asia and The Pasific (RISEAP) oleh perwakilan-perwakilan di persidangan Negara-negara Islam.

Tunku bukan setakat terkenal sebagai pemimpin yang humanis, berjiwa rakyat dan dermawan, malahan Tunku juga memiliki keperibadian yang sangat menyenangkan. Beliau selalu merendah diri dan tidak pernah berlagak warak.

Tunku bersikap baik tanpa mengira bangsa dan agama, bersemangat waja dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara. Beliau tidak pernah sesekali mencemuh dan menghina orang lain, jauh sekali bersikap takbur dan angkuh. Inilah ciri-ciri kepimpinan yang dituntut dalam Islam yang jelas terserlah pada diri Tunku.

Fitrah alam, setiap yang hidup pasti akan mati. Pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 tahun, seluruh negara berdukacita kerana pergilah sudah pemimpin yang sangat disegani dan tokoh nasionalisme Melayu yang sangat berwibawa. Bapa Malaysia ini telah dikebumikan dengan penuh istiadat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menghormati permintaan beliau sendiri.

Sesungguhnya jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman tidak mungkin akan terbalas. Tanpa perjuangan beliau dan bantuan rakan-rakannya, mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia. Walaupun telah sekian lama Tunku kembali ke Rahmatullah tetapi bakti yang ditabur untuk anak bangsa terus dikenang. Al-Fatihah untuk Bapa Kemerdekaan negara ini…

Jom Kenali Diri Jap: episod satu

Wednesday, May 20, 2009

Apa kata dalam sibuk-sibuk kita meneliti kemelut politik negara, jom kita kenali diri kita kejap mengikut bulan kelahiran kita... Hah, ni bukan I yang cakap tp ia menurut kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah... Check it out!!!

Kepada sesiapa yang lahir bulan Januari, ciri-ciru yang ada pada you all adalah;

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
* suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

pistttt.... kalau you all pandai, siapa agak-agaknya pemimpin yang lahir bulan Januari?

to be continued...

Al-kisah...

Tadi, sempat ym dengan seorang kawan. Biarlah I namakan dia sebagai 'Lynn' sahaja. Katanya keadaan Melayu sekarang amat menyedihkan... Melayu dah berpecah! Itulah hakikat yang bukan sahaja pahit tetapi juga sangat berbisa untuk ditelan. Melayu sudah mula melupakan apa yang pernah mereka kecapi, kejayaan dan kecemerlangan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Benarlah kata Tun, Melayu memang mudah lupa!!!

Kata teman I, orang-orang Melayu macam ambil sambil lewa jerk ngan kepentingan dan hak mereka. Dorang ni dah macam tak kisah hidup menumpang kat bumi sendiri. Betul ke begitu? Kalau betullah apa yang dirasakan teman I ni, alangkah sedihnya kita kerana ada dalam kalangan kita yang sudah tidak lagi mendukung aspirasi memperjuangkan bangsa.

Kita bukan mahu bersikap rasisme di sini tapi Malaysia ini hak kita, diwarisi daripada nenek moyang kita untuk dipinjamkan kepada cucu cicit kita nanti. Kalau dah orang Melayu boleh tutup mata dengan segala tindakan pembangkang terutama DAP yang langsung tidak menghormati ketuanan Melayu kat negara ni, keadaan ini memang membimbangkan.

Kata teman I tu lagi, orang-orang Melayu dah macam tak pedulikan nasib mereka sendiri. Tengoklah, pembangkang sewenang-wenangnya memberi tanah kepada orang-orang Cina dengan jaminan sehingga 1000 tahun. Melayu kisah ke? Semuanya macam tutup mata je, peluk tubuh, buat-buat macam takde apa yang jadik. Hai... apalah kena dengan Melayu kita hari ni? Mana semangat kemelayuan dan janji perjuangan yang berkobar-kobar ketika zaman Tun dahulu?

Pembangkang pulak, terus melaga-lagakan Melayu. Akhirnya hari ini, Melayu terpecah mengikut ideologi politik. Ada yang UMNO, ada yang PAS dan ada yang keADILan. Betullah kita bebas berpersatuan dan berpolitik, tapi sekadar ingatan, hati-hati ketika beraksi di gelanggang politik. Jangan kerana pentingkan diri, nasib bangsa kita gadaikan!! Pilihlah dengan berhemah, siapa yang sebenarnya gigih memartabatkan bangsa... Sejak sekian lama, tanpa pernah jemu dan mengenal putus asa...

Melayu, janganlah mudah lupa lagi....

Don't give up

Congrat with the new blog. I'll be your loyal follower. Hope it will improve & update time by time.

pearl yg comel

Save our nation!!! - Siri 1

Politik Malaysia terus bergolak meski telah setahun PRU 12 melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang pertama kali terjadi dalam PRU 12 yang lalu. Antaranya adalah kebangkitan suara orang muda. Antara faktor penyebab yang menyebabkan kepada kekalahan BN adalah undi protes yang dilakukan oleh golongan muda. Mereka ini terdiri daripada golongan yang terdidik, memiliki latar belakang pendidikan yang baik dan berada dalam kalangan mereka yang profesional dan berkerjaya. Pemikiran mereka kritis dan objektif mereka lebih kritikal berbanding golongan veteran yang rata-rata mempunyai trend pengundian setia pada yang satu iaitu terus bersama BN.

Terkenal sebagai golongan yang berdarah panas, golongan muda selalunya cepat jemu dan bosan dengan suasana iklim yang mendatar dan berulang-ulang. Segala bentuk kempen yang lama sudah tidak lagi relevan untuk memikat hati golongan muda. Politik desprado, korup, kronisme, nepotisme dan politik wang hanya membuatkan golongan muda bertambah jelak. Maka, adalah tidak mustahil untuk mengaitkan kekalahan BN dalam PRU 12 antara lain disebabkan oleh perubahan citarasa golongan muda ini. Sebagai entiti masyarakat yang terpelajar, golongan muda menganggap diri mereka sebagai agen kepada pembaharuan negara. Corak kempen yang berulang-ulang dan strategi pendekatan yang sama menyebabkan golongan muda ini jemu dan menganggap pemerintah yanga da sekarang adalah pemerintah yang sudah tidak lagi relevan. Mungkin kerana mengikut hati muda dan keinginan untuk menikmati pembaharuan, golongan muda (walaupun bukan semua) bertindak memangkah pembangkang.

Mungkin generasi muda terlupa atau sengaja buat-buat lupa dengan apa yang telah mereka perolehi hari ini. Tidak seperti nenek moyang mereka yang hidup dalam kesempitan, ihina dan dihinjak-hinjak oleh pendatang, generasi muda hari ini seharusnya bersyukur kerana lahir dalam sebuah negara yang merdeka, maju dan hidup dilingkungi oleh keselesaan dan kesenangan. Tetapi, itulah... mungkin kesenangan dan keselesaan itu yang membuat generasi muda terlupa kepada mereka yang telah bersusah-payah mengadakan semua ini untuk mereka sehingga setelah mereka menikmati kehidupan yang sempurna, bagi mereka pemerintah yang sedia ada tidak lagi mampu memberi apa yang mereka mahukan! Kemerdekaan ini adalah warisan yang mungkin boleh tergadai bila-bila masa sahaja andainya kita tidak berusaha memeliharanya.

Di tangan generasi muda inilah terletaknya masa depan negara. Justeru, generasi muda perlu realistik dan bukan mengikut tuntutan hati dan darah muda semata-mata. Janganlah kerana terlalu mengejar pembaharuan (mungkin hanya pada nama) kita melepaskan apa yang sudah ada di tangan. Takut-takut di hari kemudian nanti kita sendiri yang menyesal. Lihatlah politik Malaysia pasca PRU12. Celaru dan haru-biru! Pastinya sebagai rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian bukan ini yang kita mahu. Malaysia akan berada di ambang kejatuhan andai kita terus selesa dan berdiam diri dengan kemelut yang melanda negara kita ini. Kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Selamatkanlah negara kita ini menjelang PRU 13 nanti sebagai tanda bukti kasih kita kepada Malaysia tercinta!!! Kepada generasi muda, kuasa di tangan anda dan ingatlah jangan sesekali menyalahgunakan kuasa. Masa depan kita hanya kita sahaja yang dapat menentukannya!!


Cinta memang indah...
Alangkah baiknya kalau semua rakyat Malaysia memiliki perasaan cinta kepada negaranya. Ada rasa sense of belonging pada tanah airnya...
Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

L-O-V-E???


For me, love is a very wonderful things... ia buat diri kita rasa terbuai-buai... dalam tawa, dalam bahagia, dalam tangis, dalam duka... and love for me is him! And, I would like to let world know yg dia adalah everything for me... So sweet! I love him so much (no doubt!). I can't imagine my life without him... (^-^)
Dan, bercerita tentang L-O-V-E; adalah sgt penting utk kita mencintai tanah tumpah darah kita ni sepenuh jiwa. Proud to be anak-anak Malaysia yg hidup makmur berbilang bangsa, muhibah, maju dan bersatu-padu.
And, for sure, kepada mereka yg berjiwa pencinta, tentu sahaja anda semua sangat mencintai kedamaian dan ketenangan. Unfortunately, lately ni (since PRU 12), negara kita macam bergolak je politiknya. So, sekadar seruan kepada semua pencinta-pencinta, jom kita kembalikan kesejahteraan Malaysia dengan memberi mandat hanya kepada yang betul-betul layak!!
Anda semua dah melalui kehidupan pasca PRU 12... Pembangkang sudah pun diberikan peluang untuk mentadbir lima negeri (tak termasuk Wilayah Persekutuan) dan kerajaan mentadbir the rest. Jadi, tentu anda semua dah boleh menilai siapa yang lebih layak untuk memimpin dan membela nasib kita. Dengan keadaan politik yang haru-biru sekarang ni dan janji-janji pembangkang yang hanya tinggal janji, sebaliknya kelihatan seperti si kudung mendapat cincin; terumbang-ambing dengan keseronokan kuasa yang baru diperolehi. Kemenangan 'besar' mereka membuatkan mereka lupa kepada rakyat, sedangkan BN sudah berubah dan mula memperbaiki barisan kepimpinan.
Tak terbuka lagikah mata kita dengan pelbagai permainan politik pembangkang? Untuk semua yang mencintai kesejahteraan, jangan tunggu hingga negara tergadai, maruah bangsa tercalar barulah kita semua hendak meratap hiba. Sementara belum terlambat, jomlah kita sama-sama ubah keadaan ni... Cukuplah sepenggal kita hidup dalam warna-warni pentas politik desprado pembangkang yang entah bila akan berkesudahan!!!
L-O-V-E; lebih penting mencintai keranaNYA, mencintai ibu pertiwi ini dan membela nusa dan bangsa!! Jom!!!

PRU 12 dan sindrom new wave?

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dah setahun lebih berlalu...tapi, angin perubahan yang dibawanya masih terus menjadi bual bicara kita semua. Siapa sangka PRU 12 menjadi sejarah kepada pencapaian terburuk BN sejak negara ni mencapai kemerdekaan. Sejajar dgn kejatuhan (kalau boleh kita kata sebagai kejatuhan) BN ni, iklim politik Malaysia terus bergelora. Banyak faktor yang membawa kepada kekalahan BN di lima buah negeri dan kemerosotan undi popular BN. Malah, Johor yang cukup terkenal sebagai kubu kuat dan kawasan paling selamat untuk BN juga tidak berjaya mengekalkan slogan sifar pembangkang yang dilaung-laungkan oleh menteri besarnya dan seluruh pasukan jentera. Adakah ini apa yang disifatkan sebagai new wave dalam politik Malaysia?
Sebenarnya, sindrom new wave dalam politik di Malaysia sudah mula kelihatan sejak PRU ke10 lagi. Pada ketika itu zaman reformasi dan faktor Anwar Ibrahim berjaya mengubah hala tuju undi rakyat Malaysia kepada pembangkang. Namun, dalam PRU 11, BN memperolehi keputusan yang gilang gemilang di bawah tampuk pemerintahan baru, bapa islam hadhari, Tun Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu Datuk Sri). Situasi ini bukanlah sesuatu yang asing dalam politik Malaysia. Pola perjalanan PRU selalu menunjukkan bahawa BN akan mendapat undi yang lebih tinggi apabila berlakunya perlantikan Perdana Menteri yang baru (boleh lihat ketika zaman Tun Hussein dan Tun Mahathir baru menjadi PM). Tetapi, PRU 12 datang bersama-sama tsunami politik yang maha hebat. Dan tanpa kita sangka, undi protes yang mungkin kita berikan kepada BN sebenarnya memudaratkan kita sendiri terutamanya nasib orang-orang Melayu?
Ini bukan soal apa untungnya mengundi kerajaan dan apa ruginya memangkah pembangkang tetapi ini soal amanah dan maruah kita. Jangan lupa bahawa negara ini dan kemerdekaan yang kita kecapi ini bukanlah warisan daripada nenek moyang kita sebaliknya ia merupakan nikmat yang kita pinjam daripada anak cucu kita... Menggadaikan Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kepada pembangkang sebagai cara kita melempiaskan ketidakpuashatian kepada pemerintahan sedia ada bukanlah jalan penyelesaian yang bijak. Lihatlah apa jadi pada Perak. Kenangkan juga nasib Melayu di Pulau Pinang dengan pemansuhan DEB. Mana janji-janji pembangkang apabila cukai pintu di Selangor dinaikkan daripada kadarnya yang asal? Dan ekonomi Kedah?
Mandat yang diberikan oleh segelintir daripada kita kepada pembangkang rupanya membawa kepada polemik politik yang tak berkesudahan di Malaysia. Sudah mula kedengaran suara-suara yang mengatakan bahawa politik di Malaysia sudah tidak lagi stabil. Ramai yang mula berteka-teki apakah PRU 12 menjadi platform kepada sistem dua parti di negara kita seperti mana yang terdapat di Amerika? Persoalannya, mampukah pembangkang menjamin kedaulatan bangsa, agama dan negara dengan kapasiti yang terhad?
Daripada sistem ekonomi sara diri, kini kita menikmati perkembangan ekonomi yang membanggakan. Daripada hidup dalam cengkaman penjajah, kini kita bebas mentadbit tanahair kita mengikut acuan kita sendiri. Semuanya kerana kepercayaan yang kita berikan kepada BN sejak sekian lama. Setelah sebegini hebat kemajuan yang kita kecapi, apakah kita bersedia untuk mendepani gelombang politik baru yang belum dapat menjamin untung nasib kita? Lapangkanlah dada, tutuplah mata zahir dan bukakanlah mata hati... Mari kita kenangkan generasi mendatang dan rakyat yang bijak memilih bukan mengikut rasa hati tetapi menurut kepentingan bersama