L-O-V-E???

Wednesday, May 20, 2009


For me, love is a very wonderful things... ia buat diri kita rasa terbuai-buai... dalam tawa, dalam bahagia, dalam tangis, dalam duka... and love for me is him! And, I would like to let world know yg dia adalah everything for me... So sweet! I love him so much (no doubt!). I can't imagine my life without him... (^-^)
Dan, bercerita tentang L-O-V-E; adalah sgt penting utk kita mencintai tanah tumpah darah kita ni sepenuh jiwa. Proud to be anak-anak Malaysia yg hidup makmur berbilang bangsa, muhibah, maju dan bersatu-padu.
And, for sure, kepada mereka yg berjiwa pencinta, tentu sahaja anda semua sangat mencintai kedamaian dan ketenangan. Unfortunately, lately ni (since PRU 12), negara kita macam bergolak je politiknya. So, sekadar seruan kepada semua pencinta-pencinta, jom kita kembalikan kesejahteraan Malaysia dengan memberi mandat hanya kepada yang betul-betul layak!!
Anda semua dah melalui kehidupan pasca PRU 12... Pembangkang sudah pun diberikan peluang untuk mentadbir lima negeri (tak termasuk Wilayah Persekutuan) dan kerajaan mentadbir the rest. Jadi, tentu anda semua dah boleh menilai siapa yang lebih layak untuk memimpin dan membela nasib kita. Dengan keadaan politik yang haru-biru sekarang ni dan janji-janji pembangkang yang hanya tinggal janji, sebaliknya kelihatan seperti si kudung mendapat cincin; terumbang-ambing dengan keseronokan kuasa yang baru diperolehi. Kemenangan 'besar' mereka membuatkan mereka lupa kepada rakyat, sedangkan BN sudah berubah dan mula memperbaiki barisan kepimpinan.
Tak terbuka lagikah mata kita dengan pelbagai permainan politik pembangkang? Untuk semua yang mencintai kesejahteraan, jangan tunggu hingga negara tergadai, maruah bangsa tercalar barulah kita semua hendak meratap hiba. Sementara belum terlambat, jomlah kita sama-sama ubah keadaan ni... Cukuplah sepenggal kita hidup dalam warna-warni pentas politik desprado pembangkang yang entah bila akan berkesudahan!!!
L-O-V-E; lebih penting mencintai keranaNYA, mencintai ibu pertiwi ini dan membela nusa dan bangsa!! Jom!!!

2 comments:

Anonymous said...

Ehem... lelaki tue siapa yerk? Ala... feeda ni dah berpunya ker?

Anonymous said...

Lagi mau tanya kah? Pakwe dialah kot! Orang comel macam fda mana ada kosong lama2. Tak gitu? Anyway fda, kalau tue pakwe awak, sesuai sangat. Sama padan... Sorang comel, sorang hensem. Sorang lembut, sorang lg berkaca mata hitam. Haha... Gigit jari aku!!!

Post a Comment