Save our nation!!! - Siri 1

Wednesday, May 20, 2009

Politik Malaysia terus bergolak meski telah setahun PRU 12 melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang pertama kali terjadi dalam PRU 12 yang lalu. Antaranya adalah kebangkitan suara orang muda. Antara faktor penyebab yang menyebabkan kepada kekalahan BN adalah undi protes yang dilakukan oleh golongan muda. Mereka ini terdiri daripada golongan yang terdidik, memiliki latar belakang pendidikan yang baik dan berada dalam kalangan mereka yang profesional dan berkerjaya. Pemikiran mereka kritis dan objektif mereka lebih kritikal berbanding golongan veteran yang rata-rata mempunyai trend pengundian setia pada yang satu iaitu terus bersama BN.

Terkenal sebagai golongan yang berdarah panas, golongan muda selalunya cepat jemu dan bosan dengan suasana iklim yang mendatar dan berulang-ulang. Segala bentuk kempen yang lama sudah tidak lagi relevan untuk memikat hati golongan muda. Politik desprado, korup, kronisme, nepotisme dan politik wang hanya membuatkan golongan muda bertambah jelak. Maka, adalah tidak mustahil untuk mengaitkan kekalahan BN dalam PRU 12 antara lain disebabkan oleh perubahan citarasa golongan muda ini. Sebagai entiti masyarakat yang terpelajar, golongan muda menganggap diri mereka sebagai agen kepada pembaharuan negara. Corak kempen yang berulang-ulang dan strategi pendekatan yang sama menyebabkan golongan muda ini jemu dan menganggap pemerintah yanga da sekarang adalah pemerintah yang sudah tidak lagi relevan. Mungkin kerana mengikut hati muda dan keinginan untuk menikmati pembaharuan, golongan muda (walaupun bukan semua) bertindak memangkah pembangkang.

Mungkin generasi muda terlupa atau sengaja buat-buat lupa dengan apa yang telah mereka perolehi hari ini. Tidak seperti nenek moyang mereka yang hidup dalam kesempitan, ihina dan dihinjak-hinjak oleh pendatang, generasi muda hari ini seharusnya bersyukur kerana lahir dalam sebuah negara yang merdeka, maju dan hidup dilingkungi oleh keselesaan dan kesenangan. Tetapi, itulah... mungkin kesenangan dan keselesaan itu yang membuat generasi muda terlupa kepada mereka yang telah bersusah-payah mengadakan semua ini untuk mereka sehingga setelah mereka menikmati kehidupan yang sempurna, bagi mereka pemerintah yang sedia ada tidak lagi mampu memberi apa yang mereka mahukan! Kemerdekaan ini adalah warisan yang mungkin boleh tergadai bila-bila masa sahaja andainya kita tidak berusaha memeliharanya.

Di tangan generasi muda inilah terletaknya masa depan negara. Justeru, generasi muda perlu realistik dan bukan mengikut tuntutan hati dan darah muda semata-mata. Janganlah kerana terlalu mengejar pembaharuan (mungkin hanya pada nama) kita melepaskan apa yang sudah ada di tangan. Takut-takut di hari kemudian nanti kita sendiri yang menyesal. Lihatlah politik Malaysia pasca PRU12. Celaru dan haru-biru! Pastinya sebagai rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian bukan ini yang kita mahu. Malaysia akan berada di ambang kejatuhan andai kita terus selesa dan berdiam diri dengan kemelut yang melanda negara kita ini. Kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Selamatkanlah negara kita ini menjelang PRU 13 nanti sebagai tanda bukti kasih kita kepada Malaysia tercinta!!! Kepada generasi muda, kuasa di tangan anda dan ingatlah jangan sesekali menyalahgunakan kuasa. Masa depan kita hanya kita sahaja yang dapat menentukannya!!

4 comments:

Anonymous said...

Anak kecil main api....
Terbakar hatinya yg sepi...
Air mata darah menjadi keringat..
Bumi di pijak milik orang..

PEACE! FOR ALL!
BOREDOM TO BE NONE..
WE DON'T NEED AT ALL...

wanfeedahoney said...

Sblm Msia betul2 jd milik org & Melayu kehilangan haknya, jomlah kita sama2 betulkan keadaan ni supaya nasib bangsa tak tergadai

Anonymous said...

http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/templateanna/emo-girl-002.gif
Tak naklah negara ni tergadai lagi

wanfeedahoney said...

Jangan hanya setakat berkata taknak. nasib bangsa dan negara kita tak akan berubah dengan hanya setakat kita berkata tak nak. Tapi, kita perlu lakukan sesuatu untuk bangsa dan negara. Sekurang-kurangnya dengan mengundi dan ingat, gunakan hak mengundi kita dengan sebaiknya. Pilihlah pemimpin tang terbaik dalam kalangan yang baik dan pilihlah yang berkualiti!!!

Post a Comment