Penanti: Berhentilah bersandiwara

Tuesday, June 2, 2009

Pilihan raya bagi kerusi negeri di Penanti telah pun diadakan. Buat julung-julung kalinya BN telah membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Keengganan BN untuk turut serta merebut kerusi di DUN Penanti ini bukanlah petanda bahawa parti tersebut takut atau mengaku kalah sebelum berjuang sebaliknya BN membuat keputusan yang sedemikian rupa kerana tidak mahu melayani ragam dan sandiwara politik pembangkang yang gemar memperalatkan pilihan raya serta meletakkan kepentingan rakyat di hujung kaki mereka.

Penanti menyaksikan kemenangan pembangkang apabila calon PKR, Dr. Mansor berjaay memperolehi 6, 052 undi berbanding tiga lagi calon bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu. Ketiga-tiga mereka kehilangan wang deposit yang dipertaruhkan. Meskipun PKR ternyata berbangga dengan kemenangan mudah yang memang telah dijangkakan itu, hakikatnya pembangkang khususnya PKR sudah mula berhadapan dengan gelombang kuasa pengundi apabila jumlah undi yang diperolehi oleh mereka merosot berbanding dengan PRU ke-12 yang lalu.

Dr. Mansor memperolehi undi kurang sebanyak 1,294 berbanding dengan undi yang diperolehi oleh calon terdahulu, Fairus. Seramai hanya kira-kira 7, 100 orang pengundi sahaja yang keluar melunaskan tanggungjawab mengundi mereka apabila masa pengundian ditutup pada jam lima petang sedangkan jumlah pengundi yang sebenar adalah seramai 15, 360 orang. Ketika PRU 12, dianggarkan sekurang-kurangnya 12, 667 orang pengundi keluar membuang undi. Keadaan ini memberikan interpretasi yang tersendiri kepada situasi Penanti.

Menurut sumber-sumber tertentu, peratusan keluar mengundi di Penanti ini merupakan "peratusan yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya di semenanjung Malaysia". Secara tidak langsung, keputusan seumpama ini menjadi isyarat kepada pembangkang bahawa sandiwara politik mereka yang bertunjangkan kepada populariti, pangkat dan kekuasaan sebenarnya hanya mengundang kejengkelan dalam diri para pengundi.

Jerat yang dipasang oleh pembangkang untuk mengenakan BN tidak kesampaian apabila BN enggan mempedulikan Penanti. Perangkap untuk memperbodoh-bodohkan rakyat juga tidak kesampaian apabila rakyat seperti juga BN enggan melayani kerenah pembangkang yang semakin keterlaluan.

Pilihan raya seharusnya dijalankan dengan cara yang paling berhemah, mendukung aspirasi sejagat dan bukangnya dijadikan medan untuk bersandiwara. Pertempuran empat penjuru di Penanti akhirnya menyaksikan pembangkang malu sendiri apabila ternyata pilihan raya terbabit sekadar menjadi medan membuka pekung di dada mereka.

Rakyat di Penanti telah memulakan episod penentangan secara senyap yang pertama. Cukuplah pembangkang... berhentilah mengkhianati amanah rakyat dan memanipulasi kepentingan mereka. Cukuplah sandiwara sumbang di Penanti. Hentikanlahs egala pilihan raya kecil yang hanya melelahkan dan membazirkan masa, wang dan tenaga ini!

0 comments:

Post a Comment