PAS SEKUTU DAP

Thursday, June 4, 2009

Sejak sekian lama, PAS dengan bangganya bertempik megah mencanangkan kepada rakyat bahawa merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.

PAS mendakwa UMNO tersasar daripada landasan Islam yang sebenarnya sehingga tatkala Tun Abdullah Ahmad Badawi menggagaskan konsep Islam Hadhari, PAS memutar-belitkan fakta dengan menuduh Tun Abdullah sebagai mencipta agama yang baru.

PAS bertegas menggesa kerajaan sedia ada agar melaksakan hukum hudud sebagai kayu ukur terhadap keislaman para pemimpin UMNO dan sejak dahulu lagi, memang inilah idea yang diketengahkan oleh PAS.

Apabila kerajaan berlembut dengan menyatakan tunjuk sebab mengapa perlaksanaan hukum hudud perlu diteliti dan didasari sehingga ke peringkat paling dasar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, PAS menolak alasan terbabit dan terus menuding jari mengatakan UMNO tidak bersungguh memperjuangkan Islam.

Hakikatnya, perjuangan memartabatkan Islam bukanlah hanya setakat terletak kepada terlaksana atau tidak hukum hudud di Malaysia. Perjuangan memartabatkan Islam seharusnya dilihat daripada segi pengisian dan sahsiah peribadi terutama dalam kalangan para pemimpin yang menjadi contoh ikutan kepada rakyat sejagat.

Pengukuran Islam bagi PAS amat mudah. Penguatkuasaan hukum hudud akan menghalalkan amalan politik wang, mencarut dan memaki hamun, memfitnah serta mengkafirkan saudara sesama Islam yang turut sama mengucap kalimah syahadah.

PAS pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi PAS, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Malangnya, hari ini, PAS bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan, PAS turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu kandang babi yang dipelopori oleh para pemimpin DAP.

Lebih teruk lagi, PAS bukan hanya setakat beralah sebaliknya menyatakan sokongan secara terbuka dengan pelbagai nas dan fatwa bagi meyakinkan rakyat bahawa sokongan ke atas usaha menternak babi secara besar-besaran di Selangor bukanlah suatu perkara yang salah sebaliknya jatuh hukum harus untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu.

Jika dahulu PAS melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini PAS berubah wajah. Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan DAP sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat DAP yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya. Dalam kenyataan terbuka Ustaz Hadi, beliau menyatakan pendirian PAS untuk hanya melaksanakan hudud sekiranya DAP membenarkan mereka berbuat demikian.

Entah di mana silapnya sehingga taring PAS semakin tumpul diasah DAP. Mereka dilihat semakin tidak terdaya untuk bertegas mempertahankan idea asal penubuhan mereka apabila disergah bertalu-talu oleh DAP. Nada perjuangan pemimpin-pemimpin PAS semakin kendur apabila tersepit di antara dua pilihan; mempertahankan Islam dan gagal meraih undi atau melupakan Islam dan beroleh sokongan pengundi bukan Melayu.

PAS hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati DAP.

Demi undi dan kuasa, PAS sanggup mengambil jalan selamat dengan mengenepikan matlamat perjuangan asalnya. Melihat kepada keadaan PAS kini, parti ini seolah-olah semakin menggugurkan agenda negara Islamnya sesuai dengan tuntutan yang dikemukan DAP.

Kepimpinan PAS yang diterajui oleh para alim ulama dan amat dihormati bukan sahaja oleh para pengikut mereka tetapi juga oleh orang-orang UMNO telah semakin tercemar dengan tuntutan politik bertunjangkan kepentingan diri dan suku sakat sendiri. Matlamat telah pun menghalalkan cara di bawah pimpinan sebuah parti yang mendakwa diri mereka adalah umat islam terbaik.

Apakah benar PAS berjaya mentarbiahkan DAP seperti mana yang mereka war-warkan? Jika melihat kepada konteks semasa, sangat mudah untuk merumuskan bahawa pada hakikatnya DAPlah yang sebenarnya telah berjaya mentarbiah PAS.

Kalau dahulu PAS dengan lantangnya menentang keras penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu, hari ini PAS bukan setakat angguk bersetuju malah turut membenarkan ‘God’ atau tuhan di dalam Bible digantikan dengan perkataan ALlah.

Mungkin PAS masih terbuai-buai dengan keindahan mimpi mencatat keputusan di luar jangkaan dalam PRU yang lalu sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih daripada produk tunggangan PKR dan DAP.

PAS for all yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mencinakan’ PAS? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia. PAS telah pun membuktikan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menderhaka kepada DYMM Raja Perak asalkan di pengakhirannya nanti mereka berkuasa.

0 comments:

Post a Comment