UMNO - MCA: Haram & Kafir, PAS - DAP: Harus???

Wednesday, June 3, 2009

Sebut sahaja PAS, pasti hampir kesemua rakyat Malaysia mengetahui mengenai parti ini. Pasti Islam Semalaya yang merupakan parti pembangkang nombor satu negara ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran kerana parti ini sering mendapat banyak publisiti kesan daripada pelbagai kontroversi yang dicetuskannya.

PAS pernah membuat kutukan terhadap UMNO kerana tindakan parti nombor satu masyarakat Melayu ini bergabung dengan MCA dan MIC yang diketahui umum sebagai parti masyarakat Cina dan India.

PAS mendakwa UMNO memperjudikan nasib orang-orang Melayu dan ‘menjual’ bangsanya sendiri melalui penggabungan tersebut. Menurut mereka, tindakan UMNO untuk bergabung dengan MIC dan MCA hanyalah bersifat propaganda politik semata-mata.

PAS mengutuk penggabungan terbabit dan menyeru rakyat Malaysia khususnya yang beragama islam agar tidak ‘bersubahat’ dengan UMNO. Pernah juga beberapa kali para pemimpin tertinggi PAS mengecam pemimpin-pemimpin UMNO dengan pelbagai kecaman yang kesat dan kasar.

Di antara kecaman yang pernah dilontarkan oleh PAS termasuklah pertuduhan yang terlalu berat untuk diterima para pemimpin UMNO apabila mereka dikatakan sebagai kafir kerana penggabungan terbabit.

PAS menjatuhkan hukum haram untuk sesebuah parti Melayu ~ Islam itu bergabung dengan mana-mana parti yang berbeza agama dan kepercayaan. Justeru, PAS menuduh UMNO berdosa besar dan bakal ‘diajar’ tuhan kerana tindakan mereka menubuhkan parti BN.

Gambar Tok Guru Nik Aziz yang kerap berubah pendirian

Itu dahulu. Hari ini, para pemimpin PAS bertukar iktikad pula. Nik Aziz pernah dipetik sebagai berkata bahawa adalah harus untuk parti Melayu ~ Islam seperti mereka bergabung dengan parti bukan Islam.

Kenyataan ini dibuat Nik Aziz sejurus selepas parti pimpinannya itu membuat keputusan untuk bergabung dengan PKR dan DAP di bawah nama Parti Pakatan Rakyat.

Tindakan Nik Aziz ini jelas mencerminkan kepada kita betapa kepentingan bersifat kepartian dan keghairahan untuk membela kumpulan sendiri telah menenggelamkan perkiraan-perkiraan berhubung kemaslahatan sejagat, keperluan untuk mempertahankan keluhuran hukum Islam serta menjaga martabat umat khususnya dalam kalangan mereka yang bukan Islam.

Secara tidak langsung, penetapan hukum yang berubah-ubah dan pendirian para pemimpin atasan PAS yang rapuh turut memberikan persepsi yang negatif terhadap islam. Pasti sahaja masyarakat Islam menganggap hukum Islam ini sebagai tidak rigid dan mudah diperkotak-katikkan.

Jika dahulu PAS pernah menuduh Islam menjadi sebagai agama acara di Malaysia di bawah pentadbiran UMNO, hari ini Islam tidak lebih daripada hanya sekadar alat berpolitik kepada PAS. Halal dan Haram bercampur baur dan hadis serta firman tuhan menjadi mainan mereka sepanjang berkempen dan menyampaikan ceramah.

Keputusan PAS untuk menjadi ‘regu’ DAP jelas menunjukkan kepada kita bahawa parti ini tidak bertindak seperti apa yang mereka katakan. Sikap ini jelas sekali bertentangan dengan tatacara Islam yang menuntut umatnya agar mengotakan setiap yang dikatakan.

Sekurang-kurang MCA yang turut sama berada di dalam BN mempunyai idealisme yang sama seperti UMNO, iaitu berlandaskan kepada ideologi demokrasi, bukan seperti DAP yang berpegang kepada fahaman sosialis.

MCA juga menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan menghormati budaya, adat seta kepercayaan masyarakat Islam selain bersetuju untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan DAP ketara menolak Islam sebagai agama utama di Malaysia.

Karpal Singh secara terang-terangan dalam nada yang angkuh pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan Islam menjadi agama negara ini dengan mudah jika mereka memerintah.

Malah, Karpal Singh juga pernah menyatakan bahawa sesiapa jua yang mahu mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlulah terlebih dahulu melangkah mayat beliau. Kenyataan ini turut ditujukan kepada rakan-rakan sepermainannya, PKR dan PAS.

Melihat kepada keadaan-keadaan ini, PAS sebenarnya tidak lebih daripada sekadar memperalatkan Islam demi percaturan politik mereka. Sikap cakap tak serupa bikin mereka bukanlah imej pemimpin contoh yang ditekankan dalam Islam.

Pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan PAS terhadap UMNO adalah keterlaluan. Seandainya PAS benar-benar menyerapkan nilai Islam dalam pemerintahannya, mereka tidak akan mengkafirkan seseorang Islam dengan semudah-mudahnya malah mereka juga tidak akan menghalal serta mengharamkan sesuatu perkara dengan sewenang-wenangnya.

Start today!!!

Muktamar PAS bermula hari ini...
Dewan Pemuda PAS mula bersidang!!!

Penanti: Berhentilah bersandiwara

Tuesday, June 2, 2009

Pilihan raya bagi kerusi negeri di Penanti telah pun diadakan. Buat julung-julung kalinya BN telah membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Keengganan BN untuk turut serta merebut kerusi di DUN Penanti ini bukanlah petanda bahawa parti tersebut takut atau mengaku kalah sebelum berjuang sebaliknya BN membuat keputusan yang sedemikian rupa kerana tidak mahu melayani ragam dan sandiwara politik pembangkang yang gemar memperalatkan pilihan raya serta meletakkan kepentingan rakyat di hujung kaki mereka.

Penanti menyaksikan kemenangan pembangkang apabila calon PKR, Dr. Mansor berjaay memperolehi 6, 052 undi berbanding tiga lagi calon bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu. Ketiga-tiga mereka kehilangan wang deposit yang dipertaruhkan. Meskipun PKR ternyata berbangga dengan kemenangan mudah yang memang telah dijangkakan itu, hakikatnya pembangkang khususnya PKR sudah mula berhadapan dengan gelombang kuasa pengundi apabila jumlah undi yang diperolehi oleh mereka merosot berbanding dengan PRU ke-12 yang lalu.

Dr. Mansor memperolehi undi kurang sebanyak 1,294 berbanding dengan undi yang diperolehi oleh calon terdahulu, Fairus. Seramai hanya kira-kira 7, 100 orang pengundi sahaja yang keluar melunaskan tanggungjawab mengundi mereka apabila masa pengundian ditutup pada jam lima petang sedangkan jumlah pengundi yang sebenar adalah seramai 15, 360 orang. Ketika PRU 12, dianggarkan sekurang-kurangnya 12, 667 orang pengundi keluar membuang undi. Keadaan ini memberikan interpretasi yang tersendiri kepada situasi Penanti.

Menurut sumber-sumber tertentu, peratusan keluar mengundi di Penanti ini merupakan "peratusan yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya di semenanjung Malaysia". Secara tidak langsung, keputusan seumpama ini menjadi isyarat kepada pembangkang bahawa sandiwara politik mereka yang bertunjangkan kepada populariti, pangkat dan kekuasaan sebenarnya hanya mengundang kejengkelan dalam diri para pengundi.

Jerat yang dipasang oleh pembangkang untuk mengenakan BN tidak kesampaian apabila BN enggan mempedulikan Penanti. Perangkap untuk memperbodoh-bodohkan rakyat juga tidak kesampaian apabila rakyat seperti juga BN enggan melayani kerenah pembangkang yang semakin keterlaluan.

Pilihan raya seharusnya dijalankan dengan cara yang paling berhemah, mendukung aspirasi sejagat dan bukangnya dijadikan medan untuk bersandiwara. Pertempuran empat penjuru di Penanti akhirnya menyaksikan pembangkang malu sendiri apabila ternyata pilihan raya terbabit sekadar menjadi medan membuka pekung di dada mereka.

Rakyat di Penanti telah memulakan episod penentangan secara senyap yang pertama. Cukuplah pembangkang... berhentilah mengkhianati amanah rakyat dan memanipulasi kepentingan mereka. Cukuplah sandiwara sumbang di Penanti. Hentikanlahs egala pilihan raya kecil yang hanya melelahkan dan membazirkan masa, wang dan tenaga ini!

Selamat Hari Gawai!!!

Monday, June 1, 2009

Teringat saya sewaktu di Sarawak dulu... sejak empat tahun yang lalu, menyaksikan kemeriahan perayaan Hari Gawai bukanlah sesuatu yang asing lagi untuk saya, juga rakan-rakan dari Semenanjung yang lainnya. Hari Gawai merupakan "Perayaan Menuai" yang disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak (juga masyarakat Kadazandusun di Sabah) sejurus selepas selesainya Kaamatan. Hari Gawai disambut dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan dan adat yang berwarna-warni.

Jika dahulu, sambutan Hari Gawai mungkin hanya diraikan oleh masyarakat Kadazandusun, Dayak, Murut, Iban dan Bidayuh selain hanya terkenal di Malaysia Timur sahaja, sejak kerajaan memperkasakan konsep perpaduan dan integrasi antara wilayah, sambutan Hari Gawai turut popular di Malaysia Barat. Bukan lagi suatu kejanggalan dalam kalangan rakyat Malaysia di kawasan Semenanjung untuk memahami dan mengenali apakah itu perayaan Hari Gawai. Malah, di Sabah dan Sarawak, perayaan ini sudah melepasi sempadan agama dan etnik apabila ia turut diraikan oleh etnik yang beragama islam. Jadi tidak hairanlah apabila dalam sambutan perayaan terbabit semalam, pihak penganjur tidak ketinggalan menyediakan juadah yang halal untuk dinikmati oleh masyarakat beragama islam.

Senario seumpama ini merupakan suatu perkembangan yang positif dalam mengukur tahap perpaduan sejagat rakyat Malaysia, Sekurang-kurangnya dengan adanya integrasi dan komunikasi di antara pelbagai etnik yang sama-sama meriahkan pelbagai sambutan perayaan di negara ini, ia akan dapat mengeratkan silaturrahim, memupuk kesefahaman, rasa hormat-menghormati dan selain berupaya memelihara warisan dan budaya masyarakat Malaysia yang variasi agar tak alpuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Usaha kerajaan yang agresif dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan sesuatu sambutan perayaan dan kebesaran itu sebagai milik semua rakyat Malaysia jelas membuktikan betapa kerajaan pada hari ini sangat komited dalam menjana keakraban dan memperkukuhkan perpaduan sedia ada melalui perkongsian nilai-nilai murni dan kepercayaan yang berbeza-beza agar perselisihan faham dapat diatasi dan perbezaan antara etnik dan agama menjadi sesuatu yang bersifat 'manis' di negara ini.

Apa yang pasti, sambutan yang berlangsung saban hari dan saban malam selama sebulan, bermula daripada semalam ternyata mengundang suatu persepsi yang amat menyenangkan - suatu gambaran sebenar mengenai "perpaduan yang dibentuk melalui kepelbagaian" dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, dua buah negeri yang mempunyai etnik paling variasi. Justeru, rakyat Malaysia diharapkan agar bertanggungjawab dan menghargai perpaduan yang tidak terbina dalam tempoh sehari ini dan bersama-sama mempertahankan kemakmuran Malaysia yang kita cintai...

Pilihan Raya Kecil Manik Urai

Friday, May 29, 2009

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini memutuskan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan di kawasan Manik Urai adalah pada 6 Julai dan tarikh membuang undi ditetapkan pada 14 Julai. Kawasan terbabit dianggarkan mempunyai seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

BN menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin telah sebulat suara bersetuju untuk meletakkan calon bagi bertanding merebut kerusi terbabit. Hal ini adalah kerana menurut beliau kerusi terbabit kosong disebabkan oleh faktor dan alasan yang diperakui oleh perlembagaan, bukannya mainan politik yang diatur pembangkang semata-mata.

Terdahulu, Ismail Yaakob (60) daripada PAS, wakil rakyat kawasan terbabit yang telah memenangi kerusi tersebut sejak pilihan raya umum 1985 telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru pada jam 5.55 pagi disebabkan oleh serangan penyakit jantung.

Untuk berita penuh, sila klik di sini.

Sebab-sebab tidak mendaftar sebagai pemilih

Menurut Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, terdapat beberapa punca mengapa 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih terutamanya sebelum berlangsungnya PRU 12 yang lalu. Antara punca major kepada fenomena seumpama ini adalah;

Pertama, Rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dan masyarakat Melayu TIDAK BERMINAT dengan urusan politik negara.

Kedua, golongan yang tidak mendaftar ini dibelenggu oleh perasaan MALAS dan menganggap bahawa sama ada mereka mengundi atau tidak, ia tidak akan memberi sebarang kesan.

Ketiga, mereka menjadikan KESIBUKAN sebagai alasan untuk tidak mendaftar dan keluar mengundi.

Keempat, terdapat segelintir daripada mereka yang memberikan alasan TIDAK TAHU - tidak tahu di mana untuk membuat pendaftaran, tidak tahu bagaimana untuk mendaftar, tidak tahu bagaimana untuk mengundi dan macam-macam tidak tahu yang lainnya.