Jemputan khas...

Friday, October 2, 2009


Dengan ini menjemput semua readers yang mengunjungi laman sesawang ni

untuk mengunjungi satu lagi laman sesawang milik blogger...



http://wanfeedahoney-myendlesslove.blogspot.com




harap sudi2kanlah diri ye menjengah ke blog di atas...

Perlembagaan Malaysia... bukan untuk pertikaian

Friday, July 3, 2009

Isu mengenai perlembagaan di negara ini semakin pelbagai dan yang terburuk adalah kemelut pertikaian mengenai kontrak sosial yang telah menjadi iktikad semua rakyat Malaysia sejak sekian lama. Hal ini antara lain adalah disebabkan oleh ketidakfahaman masyarakat terhadap perlembagaan itu sendiri.

Menurut K. Ramanathan (2003), Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip dasar dalam mengasaskan sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai medium untuk mencorakkan bentuk pemerintahan yang diperkenalkan serta menyatakan adat proses perundangan di negara berkenaan.

Perlembagaan merupakan suatu dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Ia juga merupakan prinsip asas yang merangkumi nilai-nilai utama sesebuah negara dan masyarakat setempat.

Selain itu, perlembagaan juga boleh dianggap sebagai tulang belakang sesebuah negara kerana ia muncul serentak dengan pembentukan sesebuah negara. Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai perkara seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, badan pemerintah, badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri, kedudukan istimewa orang melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya.

Perlembagaan amat diperlukan untuk memajukan institusi negara dan untuk mencorakkan tingkahlaku pemerintahan dan rakyat negara berkenaan. Setiapkali apabila berlakunya sesuatu konflik, perlembagaan akan dirujuk bagi mencari penyelesaiannya. Ini adalah kerana, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Konsep ketertinggian perlembagaan boleh menyebabkan sesuatu undang-undang persekutuan mengenai sesuatu perkara persekutuan boleh diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Di dalam Perkara 4(1) memperincikan secara jelas mengenai undang-undang utama persekutuan yang berbunyi :-

Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Seorang ahli politik terkemuka Robert A. Dahl menyatakan sistem politik di sesebuah negara yang berubah mejadi kompleks menuntut perlembagaan untuk memainkan peranan politiknya iaitu dengan mengariskan corak pentadbiran dan pembahagian kuasa untuk memudahkan pemerintahan.

James Bryce berpendapat perlembagaan mampu menjadi aras tanda kepada satu adat perjalanan kehidupan negara yang akan melibatkan keputusan undang-undang yang kompleks dan dibina menurut kesesuaian sistem pemerintahan sesebuah komuniti.

Perlembagaan merupakan dokumen yang menggariskan prinsip pembahagian kuasa. Oleh itu, rakyat perlu mempunyai pengetahuan yang sepatutnya berkenaan Perlembagaan supaya Perlembagaan tidak hanya menjadi milik eksklusif para golongan undang-undang seperti hakim dan peguam. Rakyat perlu tahu akan hak asasi mereka yang terkandung di dalam Perlembagaan.

Ketiadaan pengetahuan mengenai Perlembagaan Malaysia ini akan menyebabkan kita kehilangan hak lantaran terdapatnya pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan membelakangkan konsep ketertinggian perlembagaan itu sendiri.

Keadaan seumpama ini dapat dilihat dalam polemik politik semasa yang memperlihatkan kepada kita bagaimana parti-parti pembangkang secara terang-terangan melanggar dan mencabul perlembagaan yang sedia ada.

Dalam isu pilihan raya misalnya, telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia bahawa setiap siri pilihan raya kecil yang ingin dijalankan hendaklah bertunjangkan kepada alasan-alasan yang diterima oleh perlembagaan seperti kematian, perlucutan jawatan wakil rakyat terbabit ekoran tindakan undang-undang atau muflis.

Malangnya hari ini, pembangkang mengatur satu demi satu konspirasi pilihan raya kecil dengan pelbagai alasan yang kebanyakannya tidak dipersetujui oleh perlembagaan seperti perletakan jawatan Datin Sri Wan Azizah untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding di kerusi Permatang Pauh.

Pembangkang seolah-olah mempermainkan rakyat dan mengkhianati amanat bangsa dan agama apabila mereka bertanding dan berundur dengan sewenang-wenangnya. Tindakan BN untuk memulaukan pilihan raya kecil Penanti emrupakan suatu tindakan yang bijak dalam menangani percaturan politik picisan pembangkang.

Begitu juga dengan isu ketuanan dan keistimewaan Melayu. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas melalui kontrak sosial yang diterima pakai sekalian rakyat Malaysia sejak negara ini mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 lagi.

Hari ini DAP melalui konsep ‘Malaysian Malaysia’, menuntut hak kesamarataan untuk semua kaum di Malaysia. DAP mahu menggantikan konsep ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat.

Telah kita sedia maklum bahawa kedudukan istimewa orang-orang Melayu merupakan suatu timbal balas yang diberikan lantaran daripada kesudian penduduk asal negara ini membuka pintu untuk memberikan kerakyatan kepada satu juta orang bangsa Cina dan India. Sejak sekian lama, kita hidup aman berpaksikan kepada kontrak sosial ini.

Akan tetapi, pembangkang seolah-olah sengaja meniupkan api perkauman apabila mereka menuntut supaya hak keistimewaan orang-orang Melayu dihapuskan. Tuntutan mereka ini telah mewujudkan suatu suasana kehidupan penuh prasangka; orang-orang Melayu meragui orang-orang Cina dan India dan bangsa bukan Melayu ini pula bersikap skeptikal terhadap orang-orang Melayu dan agama Islam.

Lebih teruk lagi, pembangkang dengan berani telah mencabar kedudukan istimewa raja-raja Melayu. Hal ini dapat dilihat antaranya melalui tindakan Nizar yang memohon sembah derhaka kepada DYMM Sultan Perak dan kenyataan terbuka Karpal Singh yang menyatakan hasratnya untuk menyaman DYMM Yang Di-Pertuan Agung.

Perlembagaan yang menjadi ibu segala undang-undang di Malaysia ini perlulah dijunjung dan dipertahankan. Malangnya, apabila kerajaan memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melindungi perlembagaan dan kontrak sosial, rakyat seolah-olah tidak sedar dengan sandiwara pembangkang dan kelihatan seperti langsung tidak terjejas dengan satu demi satu manipulasi yang dilakukan oleh pembangkang ke atas perlembagaan negara kita.

Sekiranya keadaan seperti ini berterusan, adalah sangat dikhuatiri ia akan menjadi pembunuh senyap kepada negara amnya dan orang-orang Melayu khasnya. Justeru, rakyat perlulah menunjukkan bantahan di atas sikap tidak bertanggungjawab pembangkang terhadap kedudukan perlembagaan Malaysia demi memastikan hak dan kepentingan mereka terbela.

Kesibukan membataskan waktu...

Thursday, June 25, 2009

Maaf kerana agak lama blog ini terbiar sendiri...

sepi dan sunyi daripada sebarang isu yang baru...

bukanlah disengajakan tetapi kekangan waktu dan urusan lain yang agak banyak sedikit membataskan ruang dan peluang untuk mencuri2 sedikit batas masa yang ada untuk meng'update' blog ini...

Biar gambar menceritakan segalanya...

Friday, June 5, 2009

Muktamar PAS kecoh... berkali2 para pemimpin mereka menyebut2 nama UMNO, meminta agar para pengikutnya menyerap roh dan semangat perjuangan parti Melayu nombor satu negara ini... Sekecoh muktamar PAS, begitulah juga kecoh dan bersimpang siurnya fahaman serta iktikad para ahli PAS...

Apapun, tiada guna bercakap banyak... rakyat Malaysia sudah semakin terasuh mindanya... sepatutnya sudah semakin bijak menilai yang mana hak dan yang mana batil... entry kali ini biarlah gambar yang lebih banyak menceritakan segala-galanya berbanding kata-kata...

Tok Guru terhormat dalam parti PAS ini pernah mengecam PKR kerana parti terbabit disifatkan beliau sebagai bercelaru dan tidak berkesan kepada pemerintahan rakyat.

Dulu mereka (PAS terutamanya Nik Aziz) mendakwa DAP dan Syaitan berkongsi sikap dan budaya yang sama - kedua-duanya tidak boleh diterima manusia dan dilaknat tuhan!

itu dahulu... tapi hari ini... inilah wajah PAS pasca PRU 12...

PAS kini semakin berjaya dijinakkan oleh rakan sekutunya DAP sehingga parti tersebut kelihatan tidak lebih daripada sekadar mengikut arah yang dibawa oleh DAP.

Kesepakatan PAS dan DAP... kerjasama menjahanamkan Melayu dan merampas kuasa yang sangat efisien.

Gila kuasa, pengkat dan kedudukan... itulah imej PAS hari ini... diberi sekawah emas, mengimpikan sekawah yang lain...

Penderhaka rakyat, penderhaka raja... Nizar buat Melayu pincang!

Kepimpinan Tok Guru Haji Hadi... bukan mewakili suara rakyat terutama masyarakat Melayu ~ Islam tetapi, hakikatnya beliau memperjuangkan suara pemerintah-pemerintah DAP.

Insaflah Melayu, jangan jadi menang sorak, kampung tergadai. Dek kerana menjaga sangat hati DAP, PAS sanggup menyusukan kera di hutan sedangkan anak-anak mereka di rumah sendiri mati kelaparan.

Justeru... kita perlulah menilai PAS secara terbuka... siapakah sebenarnya sebuah parti yang mendakwa kepimpinan mereka sebagai kepimpinan Islam yang terbaik, para pemimpin mereka adalah kalangan umat Islam yang paling tulen keislamannya, pemerintahan mereka pemerintahan yang bersih, tulus dan kerana Tuhan dan negeri tadbiran mereka merupakan negeri serambi kaabah...

Jika para pemimpin PAS berani berkata;

"Sesiapa yang tidak mengundi PAS berdosa besar"

"Sesiapa yang memangkah BN kafir!"

"Sesiapa yang mengikut PAS akan mendapat pahala"

"Sesiapa yang memilih PAS bererti dia memilih syurga dan akan dimasukkan ke dalam syurga"

"Para pemimpin UMNO semuanya kafir!"

dan bermacam-macam lagi jaminan dan dakwaan berbaur hukum islam, maka pada ketika ini perlulah untuk kita bertanya kepada diri, adakah mengkafirkan saudara seislam yang lain dan adakah tindakan memberi jaminan dosa, pahala, syurga dan neraka dengan sewenang-wenangnya itu adalah sikap kepimpinan Islam yang sebenar?


sangat sedikit penceritaan gambaran di atas. banyak lagi sebenarnya kekhilafan yang telah dilakukan oleh PAS... Sebagai Melayu ~ Islam, janganlah kita semua mudah lupa dengan segala kepincangan yang telah mereka lakukan. Renungkan ekmbali satu demi satu kebejatan politik yang melanda tanahair lewat belakangan ini selepas berlalunya PRU 12. berhati-hatilah Melayu ~ Islam... takut-takut kita semua terpedaya hanya dengan melihat kepada serban, jubah dan tudung labuh yang dipakai mereka...

PAS SEKUTU DAP

Thursday, June 4, 2009

Sejak sekian lama, PAS dengan bangganya bertempik megah mencanangkan kepada rakyat bahawa merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.

PAS mendakwa UMNO tersasar daripada landasan Islam yang sebenarnya sehingga tatkala Tun Abdullah Ahmad Badawi menggagaskan konsep Islam Hadhari, PAS memutar-belitkan fakta dengan menuduh Tun Abdullah sebagai mencipta agama yang baru.

PAS bertegas menggesa kerajaan sedia ada agar melaksakan hukum hudud sebagai kayu ukur terhadap keislaman para pemimpin UMNO dan sejak dahulu lagi, memang inilah idea yang diketengahkan oleh PAS.

Apabila kerajaan berlembut dengan menyatakan tunjuk sebab mengapa perlaksanaan hukum hudud perlu diteliti dan didasari sehingga ke peringkat paling dasar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, PAS menolak alasan terbabit dan terus menuding jari mengatakan UMNO tidak bersungguh memperjuangkan Islam.

Hakikatnya, perjuangan memartabatkan Islam bukanlah hanya setakat terletak kepada terlaksana atau tidak hukum hudud di Malaysia. Perjuangan memartabatkan Islam seharusnya dilihat daripada segi pengisian dan sahsiah peribadi terutama dalam kalangan para pemimpin yang menjadi contoh ikutan kepada rakyat sejagat.

Pengukuran Islam bagi PAS amat mudah. Penguatkuasaan hukum hudud akan menghalalkan amalan politik wang, mencarut dan memaki hamun, memfitnah serta mengkafirkan saudara sesama Islam yang turut sama mengucap kalimah syahadah.

PAS pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi PAS, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Malangnya, hari ini, PAS bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan, PAS turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu kandang babi yang dipelopori oleh para pemimpin DAP.

Lebih teruk lagi, PAS bukan hanya setakat beralah sebaliknya menyatakan sokongan secara terbuka dengan pelbagai nas dan fatwa bagi meyakinkan rakyat bahawa sokongan ke atas usaha menternak babi secara besar-besaran di Selangor bukanlah suatu perkara yang salah sebaliknya jatuh hukum harus untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu.

Jika dahulu PAS melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini PAS berubah wajah. Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan DAP sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat DAP yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya. Dalam kenyataan terbuka Ustaz Hadi, beliau menyatakan pendirian PAS untuk hanya melaksanakan hudud sekiranya DAP membenarkan mereka berbuat demikian.

Entah di mana silapnya sehingga taring PAS semakin tumpul diasah DAP. Mereka dilihat semakin tidak terdaya untuk bertegas mempertahankan idea asal penubuhan mereka apabila disergah bertalu-talu oleh DAP. Nada perjuangan pemimpin-pemimpin PAS semakin kendur apabila tersepit di antara dua pilihan; mempertahankan Islam dan gagal meraih undi atau melupakan Islam dan beroleh sokongan pengundi bukan Melayu.

PAS hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati DAP.

Demi undi dan kuasa, PAS sanggup mengambil jalan selamat dengan mengenepikan matlamat perjuangan asalnya. Melihat kepada keadaan PAS kini, parti ini seolah-olah semakin menggugurkan agenda negara Islamnya sesuai dengan tuntutan yang dikemukan DAP.

Kepimpinan PAS yang diterajui oleh para alim ulama dan amat dihormati bukan sahaja oleh para pengikut mereka tetapi juga oleh orang-orang UMNO telah semakin tercemar dengan tuntutan politik bertunjangkan kepentingan diri dan suku sakat sendiri. Matlamat telah pun menghalalkan cara di bawah pimpinan sebuah parti yang mendakwa diri mereka adalah umat islam terbaik.

Apakah benar PAS berjaya mentarbiahkan DAP seperti mana yang mereka war-warkan? Jika melihat kepada konteks semasa, sangat mudah untuk merumuskan bahawa pada hakikatnya DAPlah yang sebenarnya telah berjaya mentarbiah PAS.

Kalau dahulu PAS dengan lantangnya menentang keras penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu, hari ini PAS bukan setakat angguk bersetuju malah turut membenarkan ‘God’ atau tuhan di dalam Bible digantikan dengan perkataan ALlah.

Mungkin PAS masih terbuai-buai dengan keindahan mimpi mencatat keputusan di luar jangkaan dalam PRU yang lalu sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih daripada produk tunggangan PKR dan DAP.

PAS for all yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mencinakan’ PAS? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia. PAS telah pun membuktikan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menderhaka kepada DYMM Raja Perak asalkan di pengakhirannya nanti mereka berkuasa.

PENGUMUMAN!!!

Memandangkan Muktamar PAS sedang berlangsung sekarang ini, kebanyakan fokus penulisan di dalam blog ini akan lebih menjurus kepada parti terbabit...